Apabila wujudnya masalah penyesuaian maka anak mangsa pencerian akan mengalami rasa kehilangan, kemarahan dan kemurungan terhadap diri sendiri, ibu bapa dan kehidupan pasca perceraian. Keadaan ini menjejaskan harga diri, kebolehsuaian, sistem kepercayaan dan tingkah laku sehingga akhirnya menjadi mangsa masalah personaliti kluster B apabila berpersonaliti dramatik dan beremosi sehingga mendedahkannya pada risiko gangguan emosi dan kemurungan.Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap perkembangan psikologi yang mencetuskan masalah personaliti, mengenalpasti pandangan teori daripada aspek barat dan Islam yang bersesuaian dengan tahap perkembangan psikologi serta menyediakan perancangan rawatan untuk pemulihan yang melibatkan teknik- teknik kaunseling bagi setiap tahap perkembangan. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan apabila seorang remaja mangsa perceraian telah dipilih sebagai sampel kajian melalui dua sesi kaunseling. Berdasarkan transkrip sesi terapi maka data kualitatif dikumpulkan dan analisis kandungan digunakan untuk meneliti data berdasarkan transkrip sesi kaunseling. Dapatan kajian mendedahkan bahawa klien tidak melalui proses perkembangan psikoseksual dengan jayanya akibat tersekat atau berlaku lekatan (fixation) pada peringkat perkembangan psikoseksual seperti peringkat latency dan phallic maka pandangan pendekatan psikoanalisis dan terapi spiritual kaedah Tazkiah al-Nafs sesuai diaplikasikan bagi setiap tahap perkembangan psikologi klien malah perancangan rawatan melalui tingkah laku kognatif (CBT) turut diapilikasikan bagi membantu pemulihan klien pasca perceraian menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu. Dapatan kajian ini dapat membantu pengkaji dalam menentukan keberkesanan aplikasi intervensi kaunseling dalam menangani masalah penyesuaian anak mangsa pasca perceraian untuk kajian tahap perkembangan psikologi akan datang.