Penglibatan Ibu Bapa dalam Menyokong Pembelajaran Murid Prasekolah di Rumah
List of Authors
  • Aqilatuzzahrah Azharuddin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Keadaan ibu bapa atau keluarga yang bersedia membantu dan terlibat untuk perkembangan kanak-kanak dan pembelajaran mereka adalah sangat penting. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan ibu bapa dalam menyokong pembelajaran murid prasekolah di rumah melalui beberapa aspek penglibatan. Pendekatan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi dari Program Sarana Ibu Bapa (KPM 2013) yang melibatkan seramai 347 responden telah digunakan. Kajian rintis dengan n=50, menunjukkan nilai pekali korelasi Cronbach Alpha adalah α = .943. Dapatan kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa adalah cemerlang dalam aspek penyediaan suasana pembelajaran di rumah (M=4.11, SP=1.048), aspek interaksi sosial dengan anak-anak di rumah (M=27.81, SP=8.820) dan aspek komunikasi dengan anak-anak di rumah (M=25.08, SP=8.016 ). Kesimpulannya, kajian ini memberikan gambaran bahawa walaupun aspek persekitaran pembelajaran, interaksi sosial dan komunikasi berada pada tahap yang sangat baik namun penambahbaikan masih perlu dilakukan dalam aspek sokongan terhadap kecemerlangan anak supaya keseluruhan tahap penglibatan ibu bapa boleh mencapai tahap cemerlang menjelang 2025.


Reference
  • No Data Recorded