Langkah-langkah keselamatan dalam menangani keganasan terhadap wanita di tempat awam
List of Authors
  • A’dawiyah Ismail , Suhaila Sharil

Keyword
  • Langkah, keselamatan, keganasan, wanita, tempat awam

Abstract
  • Keganasan terhadap pekerja wanita masih lagi berlaku di Malaysia contohnya di ibu kota Kuala Lumpur. Walaupun pelbagai akta telah digubal seperti Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521), Akta perlindungan Wanita dan Gadis 1973, Artikel 4 Kod Amalan 1999 gangguan seksual, Konvensyen Terhadap Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Akta Pekerja 1955 namun keganasan terhadap pekerja wanita masih lagi berlaku sehingga kini. Menyedari hakikat ini, pengkaji bertanggungjawab untuk menganalisis nilai min tertinggi bagi langkah keselamatan menangani keganasan terhadap pekerja wanita di tempat awam khususnya di Jabatan Akauntan Negara. Kajian kuantitatif secara lapangan ini menggunakan kaedah tinjauan (survey research) melalui instrumen soal selidik dan diedar secara purposive sampel kepada 62 pekerja wanita yang mengikuti kursus di Bahagian Pengurusan Amanah dan Sekuriti Jabatan Akauntan Negara. Data dianalisis secara diskriptif menggunakan Statiscal Package For The Social Sciences (SPSS) versi ke-20. Hasil kajian mendapati belum ada kajian menjurus mengenai isu keganasan terhadap pekerja wanita di BPAS JAN. Nilai min tertinggi diperolehi sebanyak 4.6 bagi langkah-langkah keselamatan berikut iaitu wanita perlu berhati-hati membawa beg tangan, tidak melalui lorong gelap seorang diri, tidak berpakaian menjolok mata serta mengelak dari memberi ruang berkomunikasi dengan lelaki tanpa tujuan.

Reference
  • 1. Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (ATIP).
    2. Akta Keganasan Rumah Tangga AKRT (1994).
    3. Akta Pekerja (1955).
    4. Akta Pencegahan Penjenayah (PCA) (1959)
    5. Akta Perlindungan Wanita dan Gadis (1973).
    6. Artikel 4 Kod Amalan (1999) Gangguan Seksual.
    7. Ahmad Sunawari Long. (2009). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    8. Aninah Janang. (2007). Wanita Kini Semakin Terancam?. Dewan Masyarakat, September: 13 15.
    9. Azlina@Roszy Mohd Ghaffar. (2013). Punca dan Langkah Menangani Keganasan Dari Perspektif Psikologi, Selangor. Temubual, 8 November 2013.
    10. Fuziah Salleh. (2013). Perkasakan Kanun Keseksaan Terhadap Keganasan Wanita. http:www.sinarharian.com.my. [21 Oktober 2013].
    11. Gopala Sasie Rekha. (2009). Rogol Kenalan: Kajian Sosio Perundangan ke Atas Wanita di Malaysia dan Indonesia. Tesis Ijazah Sarjana, Jabatan Undang-Undang. Universiti Kebangsaan Malaysia.
    12. Jawiah Dakir, Rugayah, Tibek & A’dawiyah Ismail. (2009). Bimbingan Agama dan Metodologi Dakwah di Institusi Pemulihan: Kajian Kes di Penjara Wanita Kajang, Selangor. Jurnal ILIM. Bil 2 2009/1430:9-20.
    13. Khairunnisa Hussin, (1997). Masalah Ini Merugikan Majikan dan Negara. Jelita, Ogos: 108.
    14. Lim, Ai Yim. (2004). Lambakan Buruh Asing di Malaysia. Massa, 24-30 Januari: 36-37.
    15. Mohd Noor Omar. (2011). Ketarasedar-Transformasi Diri. Bengkel Ketarasedar Inspirasi Diri, 18 Jun. Anjuran Pusat Perundangan dan Latihan (PPLI) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
    16. Mohd Parid Sheikh Ahmad. (2013). Tarik Balik Pindaan Akta Pencegahan Jenayah. www.harakahdaily.net/bm/. 8 Oktober 2013.
    17. Noor Hazani Musa. (2003). Keganasan Terhadap Wanita Isu Negara. Wanita, Februari:102 104.
    18. Noor Hazani Musa. (2003) . Tip Keselamatan Untuk Wanita. Wanita, September: 44-45.
    19. Nor Fazlina Abdul Rahim. (2013). Kasih Sampai Hujung Nyawa: Kes Pegawai bank Mati Ditembak. Berita Harian: 25 Oktober.
    20. Nur Aishah Ismail. (2003). Sidang Kemuncak Wanita 2003 Kerajaan Prihatin. Wanita Keluaran Khas, November: 110-111.
    21. Nur Aqielah Umairah. (2009). Permasalahan Jenayah. Siri Bimbingan Jati Diri Remaja Selangor: Mostgain Resources Publications.
    22. Rabihah Ibrahim. (2009). Tahap Kemurungan Dan Konflik Isteri Yang Didera. Jurnal ILIM Bil 2 2009/1230:51-73.
    23. Raihanah Abdullah (pnyt.) (2001). Wanita dan Perundangan Islam. Selangor: Ilmiah Publisher.
    24. Sabitha Marican. (2005). Membentuk Suasana Kerja Positif: Aspek Hubungan Manusia dan Persekitaran Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
    25. Shahril Rizal. (2008). Wanita Mangsa Kezaliman Melampau. Dewan Masyarakat, Januari: 30-31.
    26. Shaiful Azli. (2010). Menangani Keganasan Terhadap Wanita Dari Perspektif Undang-undang dan Gender. Kertas Kerja Bicara Undang-undang. Anjuran Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
    27. Siti Aisyah Menan. (2008). Maruah Wanita Muda Tercabar. Dewan Masyarakat, Julai: 46-47.
    28. Suhairil Hafiz & Mohd Ashraf. (2011). Pemerdagangan Manusia Gugat Keselamatan. Pemikir, Julai- September: 1-21.
    29. Wan Hasmah Wan Mohd. (2010). Say No-Unite to End Violence Againts Women. Seminar Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita. Kuala Lumpur: 29 Nov.
    30. Wanita IKRAM Malaysia. (2013). Piagam Wanita Islam. Selangor: Jawatankuasa Pusat Wanita IKRAM, Pertubuhan IKRAM Malaysia
    31. Zaim. (1999). Saya Dinodai Rakan Sekerja. Dakwah, November: 8.
    32. Zaini Nasohah dan Zuliza Mohd Kusrin. (2004). Peruntukkan Undang-undang Satu Perbandingan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
    33. Zulkifly Ahmad. (2006). Jenayah Keganasan Rumah Tangga. Siri Maklumat Jenayah. Selangor. Mostgain Resources Publications.