Rancangan Makanan Tambahan (RMT): Isu dan Cabaran Pengurusan Kewangan
List of Authors
Aida Hanim A. Hamid, Rebecca Sandanasamy
Keyword
Rancangan Makanan Tambahan (RMT), pengurusan kewangan, cabaran kewangan
Abstract
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah program kerajaan Malaysia yang bertujuan menyediakan makanan berkhasiat kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah, dengan tujuan mengurangkan masalah malnutrisi dan meningkatkan fokus pelajar dalam pembelajaran. Walaupun matlamat utama program ini adalah murni, pengurusan kewangan yang tidak efisien telah menjadi isu utama yang memberi impak negatif kepada keberkesanannya. Isu seperti kekurangan dana, ketidakcekapan dalam pengagihan dan penggunaan dana, serta kelemahan dalam pemantauan dan kawalan kewangan menghalang RMT daripada mencapai objektifnya sepenuhnya. Kajian ini membincangkan masalah-masalah kewangan yang dihadapi dalam pelaksanaan RMT dan mengusulkan beberapa cadangan penyelesaian, antaranya termasuk peningkatan kadar peruntukan, pengurusan sumber yang lebih efisien, dan kerjasama dengan pihak luar seperti NGO dan sektor korporat. Melalui pengurusan kewangan yang lebih telus dan cekap, RMT berpotensi untuk memberi manfaat yang lebih besar kepada pelajar yang memerlukannya, seterusnya menyokong usaha meningkatkan prestasi akademik dan kesejahteraan pelajar di sekolah-sekolah Malaysia.