Lakuan tuturan ilokusi dan perlokusi dalam penamaan WiFi : satu pemerhatian
List of Authors
Norfazila Ab. Hamid , Norhasliza Ramli , Riduan Makhtar
Keyword
Lakuan tuturan, ilokusi, perlokusi, Wifi
Abstract
Bahasa yang dipersembah oleh manusia ketika berkomunikasi sama ada bertulis atau secara lisan mempunyai makna yang tersendiri. Ia lahir daripada hasrat penutur yang ada kaitannya dengan apa yang berlaku dengan dunia di persekitaran yang dekat dengan penutur. Setiap ujaran atau tuturan ilokusi tersebut mempunyai fungsinya yang diharapkan oleh penutur agar kehendak atau hajatnya dapat difahami khususnya oleh orang yang rapat dengan penutur tersebut. Dengan menggunakan Wifi sebagai medium kajian, penulis membuat pemerhatian kepada nama-nama Wifi yang muncul di telefon bimbit penulis. Hasilnya, penulis mendapati bahawa ujaran ilokusi pada nama-nama Wifi membawa fungsi-fungsi untuk beramah-tamah, bersaingan, kolaboratif, berkonflik sebagainya. Fungsi komunikatif ini ada kaitannya dengan hajat penutur itu sendiri yang mahu mengisytiharkan apa yang dirasai atau berkongsi momen yang sedang dilaluinya.
Reference
1. Ahmad Mahmood Musanif (1998) Tanya-jawab dalam novel "Salina" karangan A. Samad Said : satu kajian berdasarkan teori lakuan pertuturan / Ahmad Mahmood biN Musanif. PhD thesis, Universiti Malaya.
2. Austin, J. L. (1962). How to do things with words. London: Oxford University Press. Kamus Linguistik . 1997. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
3. Leech, G. (1983). Principal of Pragmatics. London: Longman.
4. Leech. G. (1993). Prinsip Pragmatik (terj. Azhar M.Simin). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
5. Searle. J.R. (1969). Speech Acts: An Essay in the Philosophy of Language. Cambridge: Cambridge U.P.
6. Searle. J.R. (1979). Expression and Meaning. Cambridge: Cambridge U.P.