Kepimpinan Istruksional Pengetua Di Daerah Kuala Langat
Kajian ‘Kepimpinan instruksional pengetua di daerah Kuala Langat’ telah dijalankan di tiga buah sekolah menengah di daerah Kuala Langat, Selangor. Ini adalah kajian jenis kuantitatif. Soal selidik sebagai instrumen telah digunakan dan responden adalah seramai 188 orang guru telah dipilih dengan kaedah persampelan rawak mudah. ‘The Leadership Behavior Description Questionnaire (LBDQ)’ digunakan sebagai instrumen bagi mengukur kepimpinan pengetua di daerah Kuala Langat. Instrumen tersebut menunjukkan nilai alpha Cronbach iaitu sebanyak 0.93. Secara keseluruhan, kajian menyatakan bahawa amalan kepimpinan pengetua di daerah Kuala Langat berada pada tahap yang tinggi.