Kolaborasi interaksi masyarakat terhadap golongan kurang upaya di institusi masjid
List of Authors
  • Hasliza Talib , Norsaadah Din @ Mohamad Nasirudin , Siti Zaleha Ibrahim

Keyword
  • Kolaborasi, interaksi masyarakat, orang kurang upaya, institusi masjid

Abstract
  • Penulisan ini menekankan kolaborasi interaksi masyarakat terhadap golongan kurang upaya (OKU) di intitusi masjid. Terdapat golongan yang memandang rendah serta memberi layanan yang buruk kepada golongan OKU ini walaupun berada di institusi masjid seolah-olah golongan OKU ini tidak layak diberi layanan yang baik dan saksama. Layanan buruk yang mereka terima menyebabkan emosi mereka terganggu dan akan memberi impak yang negatif kepada mereka untuk beribadat di masjid. Hal ini bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W yang menganjurkan supaya memberi layanan yang baik kepada sesama manusia apatah lagi kepada saudara yang lemah seperti golongan ini. Oleh demikian, kertas kerja ini akan mengkaji bentuk permasalahan yang mereka hadapi di insitusi masjid dengan menggunakan metod kualitatif temubual dan analisis dokumentasi. Harapan hasil kajian ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai masalah yang dihadapi OKU supaya mereka dapat menyantuni golongan berkenaan, dengan memberikan hak bersama dalam menjaga keutuhan institusi masjid.

Reference
  • 1. Al-Quran pimpinan ar-Rahman.
    2. Al-Bukhari. (2001). Sahih al-Bukhari. Lubnan: Darul Al-Fikr.
    3. Bahari, N. S. (2014). Peranan Integriti dalam Sistem Sokongan Orang Kurang Upaya Fizikal. Seminar Kebangsaan Intergriti Keluarga dan Masyarakat (SKIK2014). Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
    4. Bakar, N. S. (2011). Konsep Orang Kurang Upaya menurut Perspektif Islam dalam Pengurusan Ilmu Ekonomi dan Pembangunan Berteraskan Islam, ed. USM.
    5. Che Di , Nur Fadliana . (2014). “Interaksi Rasulullah S.A.W Bersama Orang Kelainan Upaya (Oku): Kajian Layanan Terhadap Mahasiswakelainan Upaya Di Universiti Malaya. Retrieved from studentsrepo.um.edu.my/view/divisions/1/2014.type.html.
    6. Kathir, I. (n.d.). Tafsir Ibn Kathir.
    7. Malik, D. M. (2012, Ogos 15 ). Institusi Islam bagai pinggir OKU. (F. Z. Khan, Interviewer)
    8. Masyarakat, J. K. (2011). Statistik. Malaysia.
    9. Mohd Rozaini Mohd Rahim1, Mahazan Abdul Mutalib, Abdullah Haji Abdul Ghani, (2014). Kepimpinan, Prestasi Masjid, Dan Pembangunan Komuniti Menurut Al-Quran Dan Hadith. Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014), (pp. 16-31). (n.d.). Retrieved from http://www. jkmwpkl.gov.my/perkhidmatan-luar/orang-kurang-upaya-termasuk-pdk.
    10. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_02.htm#ixzz4LWTucP5K .
    11. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (n.d.).
    12. Nizam, E. S. (2016, April 26). Keprihatinan Masyarakat terhadap golongan OKU di Masjid. (N. b. Din, Interviewer)
    13. Nizam, E. S. (2016, April 6). Pandangan OKU terhadap masyarakat di Institusi Masjid. (N. b. Nasirudin, Interviewer) (n.d.). www.suhakam.org.my/ms/areas-of-work/.../orang-kurang-upaya-oku/.
    14. Zin, A. A. (2011). Dakwah terhadap golongan OKU. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.