Kekangan bunyi urutan vokal konsonan dalam dialek Kelantan: analisis teori optimaliti
List of Authors
  • Ajid Che Kob , Zurina Abdulah

Keyword
  • Teori optimaliti, dialek Kelantan, perilaku fonologi, tatatingkat kekangan, bunyi geseran, likuida

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perilaku fonologi terhadap perubahan bunyi urutan vokal konsonan likuida /al/ dan /ul/ serta urutan vokal konsonan geseran /as/ dan /us/ pada posisi akhir kata dalam dialek Kelantan. Bagi menganalisis data, kajian ini membandingkan data dialek Kelantan dengan data dialek Johor yang dianggap sebagai bahasa standard. Bagi menyelesaikan masalah ini, Teori Optimaliti yang diasaskan oleh Prince & Smolensky (1993) dan McCarthy & Prince (1993a&b) telah diterapkan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa setiap dialek mempunyai kekangan yang sama. Namun, susunan tatatingkat bagi setiap dialek adalah berbeza antara satu sama lain.

Reference
  • 1. Ajid Che Kob. (1985). Dialek geografi Pasir Mas. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
    2. Asmah Haji Omar. (1977). Kepelbagaian fonologi dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    3. Asmah Haji Omar. (1993). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    4. McCarthy, J.J. (2004). Optimality theory in phonology. Oxford: Blackwell Publishing.
    5. Zaharani Ahmad. (1993). Fonologi generatif: teori dan penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    6. Zaharani Ahmad. (1996). Teori Optimaliti dan analisis deretan vokal bahasa Melayu. Dewan Bahasa 40(6): 512-527.
    7. Zaharani Ahmad dan Teoh Boon Seong. (2006). Fonologi autosegmental: penerapannya pada bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    8. Zuraidah Jantan dan Zaharani Ahmad. (2007). Syarat koda dan kepelbagaian dialek Melayu: analisis Teori Optimaliti. Jabatan Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.