Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan di antara kecergasan fizikal dengan pencapaian akademik murid sekolah rendah Tahun 6 di Wilayah Persekutuan Labuan. Kajian ini merupakan kajian kolerasi untuk melihat hubungan di antara kecergasan fizikal dengan pencapaian akademik murid yang menduduki peperiksaan UPSR berdasarkan jantina. Seramai 283 orang murid Tahun enam daripada 15 buah sekolah rendah di Bandar Labuan dipilih sebagai reponden dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengutip data adalah soal selidik yang mengandungi 42 item yang terbahagi kepada tiga konstruk iaitu Bahagian A ialah maklumat diri, Bahagian B berkenaan kecergasan fizikal yang dibahagikan kepada dua komponen iaitu berlandaskan kesihatan dan lakuan motor. Bahagian C ialah prestasi akademik. Dapatan kajian menunjukkan hasil kajian kolerasi terdapat hubungan yang signifikan antara kecergasan fizikal dengan prestasi akademik r = 0.272**, p>0.01. Secara kesimpulannya, selaras dengan hasrat kerajaan dan KPM yang memberi fokus kepada kecemerlangan murid adalah amat sesuai untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal murid untuk dijadikan landasan ke arah melahirkan murid-murid yang cergas, sihat dan pintar dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Sehubungan itu murid-murid yang aktif dan cergas mampu berdaya saing dan dapat menguasai kemahiran dalam pelbagai bidang akademik yang menjurus abad ke-21.