Blockchain sebagai Alat Pemantauan Pematuhan Halal: Kajian dari Perspektif Syariah dan Teknologi
List of Authors
  • Ros Asmaniza Abdul Latif

Keyword
  • Blockchain, Halal, Pematuhan Syariah, Ketelusan, Teknologi Maklumat

Abstract
  • Pematuhan halal merupakan elemen utama dalam memastikan integriti produk dan perkhidmatan yang digunakan oleh masyarakat Islam. Dalam era Revolusi Industri 4.0, teknologi blockchain muncul sebagai salah satu inovasi yang berpotensi besar dalam memperkukuh ketelusan, kebolehkesanan (traceability) dan kebertanggungjawaban (accountability) dalam rantaian bekalan halal. Artikel ini membincangkan bagaimana teknologi blockchain dapat digunakan sebagai alat pemantauan pematuhan halal dari perspektif Syariah dan teknologi. Kajian ini juga menilai kesesuaian prinsip blockchain dengan nilai-nilai Syariah seperti amanah, keadilan, dan ketelusan, serta mengupas potensi dan cabaran dalam pelaksanaannya di Malaysia.

Reference
  • No Data Recorded