Menangani anak-anak LGBT: Satu garis panduan untuk keluarga Muslim
List of Authors
  • Siti Fatimah Abdul Rahman

Keyword
  • LGBTQ, Penerimaan Keluarga, Remaja, Keibubapaan Islami

Abstract
  • Sejak lebih sedekad lalu, Barat telah mula mengkaji tentang “penerimaan keluarga” (family acceptance) dan kepentingannya kepada kesejahteraan anak-anak LGBT. Didapati bahawa penerimaan keluarga menggalakkan kesejahteraan dalam kalangan anak-anak tersebut dan membantu melindungi mereka dari kehidupan yang berisiko, termasuk perbuatan membunuh diri. Sebaliknya, “penolakan keluarga” (family rejection) akan memberi kesan yang serius kepada kesihatan fizikal dan mental remaja LGBT serta mengakibatkan mereka terjerumus dalam kehidupan yang berisiko. Dalam usaha untuk meningkatkan penerimaan keluarga terhadap anak-anak LGBT, Family Acceptance Project (FAP) telah mengeluarkan satu garis panduan untuk keluarga yang menyenaraikan tingkahlaku-tingkahlaku yang boleh meningkatkan dan yang boleh mengurangkan risiko anak-anak LGBT untuk mendapat masalah kesihatan fizikal dan mental. Kertas kerja ini akan melihat secara terperinci garis panduan tersebut dari perspektif Islam bagi menilai sama ada keluarga Muslim boleh atau tidak boleh menggunapakai garis panduan tersebut. Untuk itu, saranan-saranan keibubapaan dari Al-Quran dan As-Sunnah akan dijadikan kayu ukur untuk mengenalpasti tindak balas sewajarnya ibu bapa Muslim dalam hal ini. Kajian ini mendapati bahawa wujud perbezaan dalam konsep “penerimaan keluarga” daripada perspektif Barat dan Islam. Barat berpandangan bahawa keluarga perlu menerima anak-anak LGBT dan menyokong mereka untuk mengamalkan gaya hidup tersebut. Sebaliknya, Islam berpandangan bahawa keluarga perlu menerima anak-anak LGBT itu dengan tujuan untuk membawa mereka kembali ke pangkal jalan dengan pendekatan Islam dan penuh kasih-sayang.

Reference
  • 1. (2021, February 13). Retrieved from Surah.My: https://www.surah.my/

    2. Abd. Majid, W. (2015). Rights Demanded By LGBT People: A Preliminary Refutation. Tafhim IKIM Journal of Islam and the Contemporary World, 8, 37-62.

    3. Ahmad Sabri, A., Owoyemi, M., & Mangsor, F. (2014). Leading By Example: Causes and Treatment by an Experienced LGBT Counsellor. International Journal of Innovation and Scientific Research, 10(2), 255-261.

    4. Ali Muhammad, A., & Amuda, Y. (2018, June). LGBT: An Evaluation of Shariah Provision and the Laws of Malaysia and Nigeria. GJAT, 8(1), 15-29.

    5. Dermawan, A. (2018, October 29). Bilangan gay, transgender semakin meningkat: JAKIM. BH Online.

    6. Green, A., Price-Feeny, M., & Dorison, S. (2019). National Estimate of LGBTQ Youth Seriously Considering Suicide. New York: The Trevor Project.

    7. Haridi, N., Abd Rahman, K., & Wazir, R. (2016). Metodologi Dakwah Terhadap Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Jurnal Pengajian Islam, 9(II), 103-119.

    8. Jamal, S., Amat, S., & Subhi, N. (2019). Kecenderungan Cubaan Membunuh Diri dalam Kalangan Gay dan Lesbian di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 151-162.

    9. Katz-Wise, S. L., Rosario, M., & Tsappis, M. (2016, Dec). LGBT Youth and Family Acceptance. Pediatr Clin North Am, 63(6), 1011-1025.

    10. Md Yusof, M., Ahmad, K., Abdul Kadira, M., Ibrahim, M., & Mohd Noor, M. (2015). Deviant Behavior of Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender (LGBT): Analysis From Hadith Sahih and Fiqh al-Hadith. Online Journal Research in Islamic Studies, 2(2), 1-17. doi:10.15364/ris15-0202-01

    11. Mohamad Tuah, K., & Mazlan, U. (2020). Twitter as Safe Space for Self-Disclosure among Malaysian LGBTQ Youths. Malaysian Journal of Communication, 36(1), 436-448.

    12. Mohd Arif, M., Shafie, M., Hanapi, H., & Mohd Hassan, F. (2018). Salah Laku LGBT Dalam Perundangan Malaysia: Undang-undang Sebagai Mekanisme Pembanterasan dan Kawalan. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 13(1), 19-34.

    13. Mohd Juaini, N., Abd. Halim, M., Mohamad, L., Riza, N., & Chik, A. (2017). Social Media and Lesbians in Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(11), 1005-1014.

    14. Owoyemi, M., & Ahmad Sabri, A. (2013). LGBT: Nature or Ideology: The View of a Former LGBT Practitioner in Malaysia. Research Journal of Biological Sciences, 8(4), 104-111.

    15. Renna, C. (2018, Nov 8). First Study Shows Pivotal Role of Parents in Conversion Efforts to Change LGBT Adolescents' Sexual Orientation. Retrieved March 6, 2020, from familyacceptanceproject: https://familyproject.sfsu.edu/conversion-therapy-begins-at-home

    16. Ryan, C. (2009). Supportive families, healthy children: Helping families with lesbian, gay, bisexual & transgender children. San Francisco, CA: Family Acceptance Project, Marian Wright Edelman Institute, San Francisco State University.

    17. Ryan, C., Russell, S. T., Huebner, D., Diaz, R., & Sanchez, J. (2010). Family Acceptance in Adolescence and the Health of LGBT Young Adults. Journal of Child and Adolescent Psychiatric Nursing, 23(4), 205-213.

    18. Ryan, C., Toomey, R. B., Diaz, R. M., & Russell, S. T. (2018). Parent-Initiated Sexual Orientation Change Efforts With LGBT Adolescents: Implications for Young Adult Mental Health and Adjustments. Journal of Homosexuality, 1-15. doi:10.1080/00918369.2018.1538407

    19. Salleh, H. (2015). Ancaman Terhadap Aqidah Umat Islam Oleh Gerakan LGBT. Putrajaya: Institut Kajian Strategik Islam Malaysia.

    20. Samsudin, F. (2018, June 27). Rebut peluang bertaubat. Harian Metro. Retrieved February 15, 2021, from https://www.hmetro.com.my/addin/2018/06/352208/rebut-peluang-bertaubat

    21. Ulwan, A. (1988). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (Jilid 1). (S. A. Semait, Trans.) Singapura: Pustaka Nasional.

    22. Ulwan, A. (1988). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (Jilid 2). (S. A. Semait, Trans.) Singapura: Pustaka Nasional.