Impak mata pelajaran umum dari kaca mata Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
List of Authors
  • Ayu Nor Azilah Mohamad , Hairol Anuar Mak Din , Nor Azlina Endut , Rohaini Amin

Keyword
  • Impak, mata pelajaran umum, KUIS

Abstract
  • Artikel ini membincangkan tentang impak Mata Pelajaran Umum (MPU) yang dilihat dari kaca mata para pelajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). KUIS merupakan institusi pengajian tinggi swasta yang dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, KUIS juga patuh kepada badan Akreditasi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan menawarkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Mata Pelajaran Pengajian Umum kepada para pelajar. Metodologi kajian menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan edaran borang soal selidik kepada para pelajar untuk melihat impak pelaksanaan MPU di KUIS. Dapatan kajian mendapati bahawa para pelajar memberi maklumbalas yang baik kepada tenaga pengajar subjek Pengajian Malaysia 2, Hubungan Etnik dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) iaitu MPU kelompok U1. Ini menjelaskan bahawa penawaran MPU berupaya memberi impak positif kepada para pelajar daripada aspek tamadun, hubungan pemajmukan dan negara Malaysia.

Reference
  • 1. Abdul Latif Samian. (2000). Hala Tuju Pengajian Umum di Alaf Baru. Dlm Abdul Latif Samian dan Mohamad Sabri Haron (pnyt.). Pengajian Umum Di Alaf Baru, hlm. 1-12. Bangi: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    2. Abdul Rahman Embong. (2007). Pembangunan Negara, Komuniti dan Insan Melampaui 2020. Bangi: Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    3. Abu Zahari. (1992). Psikologi Pendidikan Untuk Guru, Petaling Jaya: Pustaka Delta Pelajaran Sdn Bhd.
    4. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). (1998). Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
    5. Azita Aminudin. (1995). Sosialisasi Politik: Nasionalisme-Patriotisme dan Kesedaran Politik di Kalangan Mahasiswa di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Latihan Ilmiah, Universiti Malaya.
    6. Garis Panduan MataPelajaran Pengajian Umum (MPU) Edisi Kedua. (2016). Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi.
    7. http://www.mqa.gov.my/ [3 Jan 2013]
    8. Kementerian Pendidikan Tinggi. (2016). Garis Panduan Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) Edisi Kedua. Malaysia:Putrajaya.
    9. Lembaga Akreditasi Negara. (1998). Sukatan Pelajaran Bahasa Kebangsaan dan Mata Pelajaran Wajib Institusi Pengajian Tinggi Swasta.
    10. Nik Mustafa R. Abdullah. (2007). Institusi Pengajian Tinggi Penjana Pembangunan Modal Insan Kelas Pertama. Monograf Isu Semasa dalam Pendidikan Tinggi. Serdang: Pusat Pembangunan Akademik Universiti Putra Malaysia
    11. Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing & Saedah Siraj. (1998). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
    12. Wan Mohd Nor Wan Daud. (2001). Pembangunan di Malaysia: ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna. Kuala Lumpur: ISTAC.