Keberkesanan VAKT Dalam Meningkatkan Penguasaan Membaca Perkataan Digraf Dan Konsonan Bergabung Bahasa Melayu Murid Melanau Di Kelas Pemulihan Khas
List of Authors
  • Nor Qadariah Ishak

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian dijalankan bagi mengkaji keberkesanan Kaedah VAKT dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan melibatkan digraf dan konsonan bergabung dalam kalangan murid Tahun 2. Empat orang murid Melanau yang mengikuti kelas Pemulihan Khas telah dipilih sebagai sampel kajian kerana mereka tidak menguasai kemahiran bacaan awal dengan baik. Tujuan kajian adalah untuk menganalisis tahap penguasaan murid dalam kemahiran yang diuji setelah Kaedah VAKT diaplikasikan dalam pembelajaran. Pengkaji menggunakan kaedah ujian dan saringan untuk mengutip data kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Dapatan awal daripada Ujian Diagnostik dan saringan Literasi menunjukkan peserta kajian kurang menguasai kemahiran yang diuji. Intervensi dijalankan selama dua minggu dan Kaedah VAKT diaplikasi dalam setiap aktiviti pembelajaran kemahiran membaca perkataan melibatkan digraf dan konsonan bergabung. Selepas intervensi dilaksnakan, peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang positif dan dapat menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Kajian ini telah memberikan kesan terhadap keupayaan murid dalam menguasai kemahiran bacaan awal dengan cekap dan lancar. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang secara sistematik menggunakan kaedah dan strategi yang bersesuaian dapat membantu murid meningkatkan penguasaan mereka dalam pelajaran.


Reference
  • No Data Recorded