Belanjawan 2019 melalui pendekatan Maqasid Shariah
List of Authors
Nurul Shahariza binti Abu Hassan , Wan Nazjmi Mohamed Fisol
Keyword
Maqasid al-Shari‘ah, Belanjawan, Kerajaan
Abstract
Kajian ini adalah tertumpu kepada belanjawan 2019 melalui pendekatan Maqasid Shari‘ah. Bentuk Metodologi kajian ialah secara kualitatif data melalui kajian artikel, buku dan laporan yang berkaitan dengan belanjawan 2019 dan Objektif Shari‘ah (Maqasid Shari‘ah). Hasil kajian mendapati bahawa belanjawan 2019 adalah menepati dengan objektif Shari‘ah (Maqasid Shari‘ah) ke arah mencari kebaikan dan mencegah dari segala kemudaratan (jalb al-manfa‘ah wa daf‘ al-madarrah) bagi memastikan keadilan dan kebajikan rakyat diperolehi secara keseluruhan seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat. Kajian ini menunjukkan bahawa objektif Shari‘ah (Maqasid Shari‘ah) adalah pendekatan yang terbaik bagi memahami lebih mendalam tentang Islam yang menjadi rahmat kepada sekelian alam (rahmatan lil alamin). Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidaklah Kami mengutuskan kamu wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat kepada sekelian alam”(Al-Anbiya’: 107). Oleh itu setiap belanjawan yang digariskan oleh kerajaan merupakan belanjawan yang perlu selaras dengan objektif Shari‘ah (Maqasid Shari‘ah) yang dapat memberi kebaikan kepada seluruh rakyat secara keseluruhan.
Reference
1. Abdel Kader, D. (2000). Social Justice in Islam. USA: The International Institute of Islamic Thought (IIIT).
2. Abdul Ghani, N. A. R., Laluddin, H., and Mat Nor, A. H. (2011). Maslahah as a Source of Islamic Transactions (Mucamalat). Islamiyyat 33, pp. 59 – 66.
3. Ahmad, A. R. (2009). The Role of Financing Achieving Maqasid al-Shari‘ah. The 1st Insaniah-IRTI International Conference on Islamic Economics, Banking & Finance.
4. Al-Ghazali, M. (1998). al-Mustasfa min ‘ilm al-usul. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Islamiyyah. Vol. 1. pp. 174
5. Mohamed Fisol, W. N., Md. Radzi, N. Z., Haji-Othman, Y. (2017). The Engineering of Islamic Legal Opinion (Ijtihad) On the Maqasid Al-Shari‘ah Development in the Assessment of Islamic Financial Products. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences. 7(4), 945-956.
6. Mohamed Fisol, W. N., Al-Basri, S. H., Ismail Mat. (2017). The Scientific Of the Fundamentals of Maqasid in Islamic Financial Products Development. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences. 7(10), 683-692.
7. Shatibi, A. I. I (1997). Al-Muwafaqat, ed. ‘Abu ‘Ubaidah Mashhur. 7 Vols. Beirut: Mauqi‘ al-Maktabah al-Raqmiyyah. Vol. 1. pp. 42.