Ketokohan Dan Sumbangan Sultan Muhammad Jiwa Adzilin Shah II Dan Syeikh Abdul Jalil Al Mahdani: Legasi Perjuangan Raja Dan Ulama Di Kedah
List of Authors
Shukri Janudin
Keyword
Kesultanan, Ulama, Kedah, Geopolitik, Wilayah
Abstract
Kegemilangan Kedah sebagai sebuah kuasa maritim, ketenteraan serta perkembangan Islam di semenanjung Tanah Melayu pada abad ke 18 turut disumbangkan oleh dua orang tokoh dalam kesultanan Kedah iaitu Sultan Muhammad Jiwa Adzilin Shah II dan ulama Syeikh Abdul Jalil al Mahdani. Perjalanan kisah mereka turut dinukilkan di dalam buku Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah (ASNK) yang diterbitkan atas titah perintah istana pada tahun 1928 sebagai sebuah catatan yang merekodkan bukti sejarah panjang negeri Kedah sejak awal penubuhannya. Hasil kajian kertas kerja ini berusaha membuktikan bahawa gandingan kedua-dua tokoh ini telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan agama Islam di Kedah selain telah mempengaruhi perkembangan ekonomi dan geopolitik serantau di wilayah-wilayah utara semenanjung Tanah Melayu sehingga ke wilayah Tenasserim dan Chumphon yang kini telah menjadi wilayah-wilayah Myanmar dan Thailand