Kuasa editor sukan terhadap penetapan liputan berita sukan akhbar di Malaysia
List of Authors
  • Pekan Ramli , Tajul Ariffin Muhammad

Keyword
  • Berita sukan, liputan kandungan; akhbar harian, editor sukan, kajian kes, Malaysia

Abstract
  • Hampir kesemua akhbar di Malaysia memuatkan berita sukan sebagai tarikan utama untuk menarik pembaca serta meningkatkan sirkulasi sekaligus jualan akhbar masing-masing. Ia meletakkan berita sukan pada hari ini sebagai ciri utama dalam akhbar harian. Mereka yang dikaitkan sebagai individu paling penting dalam sesebuah organisasi media adalah editor. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kuasa yang dimiliki oleh seseorang Editor Sukan akhbar yang juga dikenali sebagai ‘gatekeeper’ dalam konteks penetapan liputan serta kandungan berita sukan yang akan diterbitkan. Kajian ini adalah kajian kes di mana data telah dikutip dengan menggunakan analisis kandungan ke atas halaman sukan akhbar Kosmo dan Berita Harian dan temubual bersama dua orang editor sukan di akhbar tersebut. Data telah dianalisis dengan menggunakan gabungan tatacara analisis data kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian mengesahkan bahawa Editor Sukan akhbar Kosmo mendapat lebih kebebasan dalam konteks penetapan liputan dan isi kandungan berita sukan akhbarnya berbanding Editor Sukan akhbar Berita Harian yang lebih terikat dengan kepentingan perniagaan. Dapatan kajian juga mengesahkan biarpun Editor Sukan diberikan kuasa terhadap penetapan liputan dan terbitan berita sukan akhbar masing-masing namun mereka mempunyai asas-asas dan keutamaan tertentu sebagai panduan sebelum membuat sebarang penetapan. Dapatan kajian juga mendapati Editor Sukan Berita Harian memberikan ruang liputan berita sukan tempatan yang lebih banyak berbanding berita sukan antarabangsa. Manakala Editor Sukan akhbar Kosmo lebih banyak menerbitkan berita sukan bergambar berasaskan kepada pendekatan ‘Content is King, Picture is Queen”. Dapatan kajian juga mengesahkan tiadanya diskriminasi terhadap berita sukan berasaskan jantina. Kajian ini dipercayai dapat membantu masyarakat khususnya pengemar sukan dalam konteks pemikiran kritikal terhadap amalan media sukan yang difikirkan logik selepas mengambil kira segala kemungkinan dan risiko yang terpaksa mereka hadapi untuk terus survival dalam industri ini dan pada waktu yang sama terus konsisten menyalurkan maklumat yang dikehendaki. Ianya sekaligus dapat melahirkan generasi pembaca sukan yang berpengetahuan dan mampu membuat pertimbangan sewajarnya serta matang dalam membuat penilaian terhadap sebarang informasi.

Reference
  • 1. Angelini, J.R. 2008. Television sports and athlete sex: Looking at the differences in watching male and female athletes. Journal of Broadcasting and Electronic Media, 52(1), 16-32.

    2. Alvarez, A. 2018. Should female athletes sue the networks for equal coverage? The Guardian. Retrieved January 22, 2019, from https://www.theguardian.com/sport/2018/apr/14/womens-athletes-lawsuit-equal-coverage-title-ix

    3. Asia Sarji, Faridah Ibrahim & Mazni Buyong. 1999. Pola pengamalan profesionalisme dalam industri filem Malaysia. Kuala Lumpur FINAS.

    4. Audit Bureau of Circulations Malaysia. 2015. ABC Circulation Figures – July to December 2015 (Newspapers – West and East Malaysia States Distribution) (Rep.). Retrieved January 22, 2019, Audit Bureau of Circulations Malaysia. http://abcm.org.my/wp-content/reports/2015/jul-15-to-dec-15-newspapers-west-and-east-malaysia-distribution.pdf

    5. Audit Bureau of Circulations Malaysia. 2016. ABC Circulation Figures – July to December 2016 (Newspapers – West and East Malaysia States Distribution) (Rep.). Retrieved January 22, 2019, Audit Bureau of Circulations Malaysia. http://abcm.org.my/wp-content/reports/2016/abc-circulation-figures-jul-16-to-dec-16-newspapers-states-distribution.pdf

    6. Audit Bureau of Circulations Malaysia. 2018. ABC Circulation Figures – January to June 2018 (Newspapers – West and East Malaysia States Distribution) (Rep.). Retrieved January 22, 2019, Audit Bureau of Circulations Malaysia. http://abcm.org.my/wp-content/reports/2018/abc-circulation-figures-jan-to-june-2018-newspapers-states-distribution.pdf

    7. Blake, K. 2006. Inverted pyramid story format. Middle Tennessee State University.

    8. Bogard, L. 1982. Newspaper in transition. The Wilson Quarterly, 6(5), 58-70.

    9. Boyle, R. 2006. Sports Journalism Context and Issues. London: SAGE Publications Ltd.

    10. Brighton, P. & Foy, D. 2008. News Values. Oxon: Routledge.

    11. Burgoon, J.K. Burgoon, M., & Atkin, C. (1982). The world of the working journalist. Newspaper Readership Project: Michingan State University.

    12. Boyle, R. and Haynes, R. 2000. Power Play: Sport, the Media and Popular Culture. London: Longman.

    13. Brooks, BS, Pinson, JL & Sissor, JZ. 1997. The Art of Editing in the Age of Convergence. Edisi ke-8. Pearson Education Inc.: Boston.

    14. Choukas, M. 1965. Propaganda comes of age. Public affairs press.

    15. Coakley, J. (2005). Sport in society: Issues and Controversies (7th.ed.). Boston: McGraw-Hill.

    16. Cohen, G. (1993). Media potrayal of the female athlete. In G. Cohen (ED.), Women in sport: Issues and controversies (pp. 171-184). Thousand Oaks, CA: Sage.

    17. Day, G. S., & Wensley, R. 1988. Assessing advantage: a framework for diagnosing competitive superiority. Journal of marketing, 52(2), 1-20.

    18. Gans, H. 1979. Deciding What; s News. London: Constable. Soloski 1996.

    19. Galtung, J. & Ruge. M.H. (1965). The Structure of foreign news: The presentation of the Congo Cuba and Cyprus crises in four Norwegian newspaper. Journal of Peace Research, 2, 64-91.

    20. Hadland, A., Lambert, P., & Barnett, C. 2016. The state of news photography 2016.

    21. Harcup, T., & O’Neill, D. (2001) What is news? Galtung and Ruge revisited. Journalism Studies, 2(2), 261-280.

    22. Harding, J. 2018. Qualitative data analysis: From start to finish. SAGE Publications Limited.

    23. Koivula, N., 1999. Sport Participation: Differences in Motivation and Actual Participation Due to Gender Typing. Journal of Sport Behavior Sep Vol 22. No 3. 360-380.

    24. Lasswell, H. 1948. The Structure and Function of Communication in Society. US: Harper & Row.

    25. Lasswell, H. D., Lerner, D., & Pool, I. S. 1952. The Comparative Study of Symbols. Stanford, CA: Stanford University Press.

    26. Lewin, K., 1943. Forces behind food habits and methods of change. In: The Problem of Changing Food Habits, Report of the Committee on Food Habits 1941–1943. Bulletin No. 108, National Research Council, National Academy of Sciences, Washington, DC.

    27. Lippmann, W.2006. The Nature of News. In. Adam, G.S., & Ckark, R.P. (eds). Journalism the Democratic Craft. Oxford: Oxford University Press.

    28. Mayer, I. 2015. Qualitative research with a focus on qualitative data analysis. International Journal of Sales, Retailing & Marketing, 4(9), 53-67.

    29. McCombs, M. E. 1976. Agenda-Setting Research; A Bibliographic Essay.

    30. McQuail, D. 1987. Mass communication theory: An introduction. Sage Publications, Inc.

    31. Mohd Yahya Mohd Ariffin 2010. Penggunaan berita dan foto daripada Agensi Berita Antarabangsa dalam Utusan Malaysia dan New Straits Times di kejohanan bola sepak Piala Dunia 2002. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 6(1).

    32. McManus, J. H. 1994. Market-Driven Journalism. Let the Citizen Beware. California: SAGE Publication

    33. Miloch, K.S., P.M. Smucker, M.K., & Whisenant.m W.A. (2005). The current state of women print journalists. An analysis of the stats and careers of females in newspapers sports department. Public Organization Review, 5(3), 219-232.

    34. Mustakim Aminuddin. 2010. Peranan media dalam sukan. Seminar Sukan anjuran Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM, Shah Alam.

    35. Musto, M., Cooky, C., & Messner, M. A. 2017. “From Fizzle to Sizzle!” Televised Sports News and the Production of Gender-Bland Sexism. Gender & Society, 31(5), 573-596.

    36. Niblock, S. 2005. Whats is News? Practice and Theory. In. Keeble, R. Print Journalism the democratic craft. Oxford: Oxford University Press.

    37. Neuendorf, K. A. 2016. The content analysis guidebook. Sage.

    38. Rowe, D. 1999. Sport, Culture, and the Media: The Unholy Trinity. Buckingham and Philadelphia: Open University Press.

    39. Sarimah Ismail & Hamedi Mohd Adnan (2011). Profil Ruangan Sukan Dalam Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Malaysian Journal of Media Studies Vol. 13, No.2, P 75-91.

    40. Schlesinger P, 1987. Putting ‘Reality’ Together, edisi ke-2 London: Methuen.

    41. Sherwood, M., Nicholson, M., & Marjoribanks, T. 2017. Controlling the Message and the Medium? The impact of sports organisations’ digital and social channels on media access. Digital Journalism, 5(5), 513-531.

    42. Shoemaker, P. J. 2006. News and newsworthiness: A commentary. Communications, 31(1), 105-111.

    43. Siebert, F., Peterson, T. B., Peterson, T., & Schramm, W. 1956. Four theories of the press: The authoritarian, libertarian, social responsibility, and Soviet communist concepts of what the press should be and do. University of Illinois press.

    44. Siti Suriani Othman, Liana Mat Nayan & Lee Kuok Tiung. 2013. Pemilihan berita dari perspektif wartawan media cetak di Malaysia. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication, Jilid 29(2), 51-68.

    45. Stake, R. E. 2005. Qualitative case studies. In N. K. Denzin & Y. S. Lincoln (Eds.), The Sage handbook of qualitative research (pp. 443-466). Thousand Oaks, CA: Sage Publications Ltd.

    46. Stepp, C. S. 2007. The Elements of Journalism: What News People Should Know and the Public should Expect. New York: Three River Press.

    47. Stovall, James Glen. 2005. Journalism: Who, What, When, Where, Why, and How. Boston: Pearson Education Inc.

    48. Schlesinger, P. 1978. Putting ‘reality’ together. BBC news. London: Constable.

    49. Tuchman, G. (1978). Making News. New York: The Free Press.

    50. Venables, J. 2005. Making headlines: News Values and Risk Signals in Journalism. New Jersey: Elm Publications.

    51. Yi, Y. J., Rahim, M. H. A., & Sannusi, S. N. 2016. Techniques application on cultural and artistic documentary production: A Study of Simon Schama’s Power of the Art. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(2).

    52. Yin, R. K. 2017. Case study research and applications: Design and methods. Sage publications.