Analisis Kesalahan Tatabahasa Dalam Penulisan Bahasa Inggeris: Satu Kajian Kes
List of Authors
  • Graeszila Anak Jonathan Bajang

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam penulisan Bahasa Inggeris dan  mengenalpasti jenis  kesalahan yang  dilakukan dalam setiap kategori. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif  berbentuk kajian kes dan menggunakan persampelan bertujuan. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk mendapatkan data. Peserta kajian terdiri daripada 13 orang pelajar Tahun 6 di sebuah sekolah di luar bandar Sibu, Sarawak.  Sejumlah 26 skrip jawapan pelajar dianalisis berdasarkan Taksonomi Strategi Permukaan dan dikelaskan kepada empat kategori iaitu kesalahan pengurangan unsur , kesalahan penambahan unsur, kesalahan pemilihan unsur dan kesalahan penyusunan unsur. Dapatan mendapati  kesalahan yang dilakukan meliputi keempat-empat kategori tersebut. Kesalahan yang paling banyak dilakukan ialah kesalahan pemilihan unsur, diikuti kesalahan pengurangan unsur, kesalahan penambahan unsur dan kesalahan  penyusunan unsur. Berdasarkan dapatan, pemahaman peserta kajian di dalam tatabahasa Bahasa Inggeris masih lemah dan memberi kesan terhadap penguasaan mereka di dalam penulisan Bahasa Inggeris. Guru Bahasa Inggeris disarankan untuk mengadaptasi kaedah dan strategi pengajaran yang berkesan agar dapat menangani permasalahan dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di samping terus memberi perangsang kepada pelajar agar minat terhadap matapelajaran Bahasa Inggeris dapat ditingkatkan.


Reference
  • No Data Recorded