ASPEK PERUNDANGAN ISLAM DALAM NOVEL NISAH HARON
List of Authors
  • MOHD FIRDAUS CHE YAACOB , N NORSUHAIDA ISMAIL

Keyword
  • Aspek, novel, undang-undang, Islam

Abstract
  • Artikel ini adalah untuk melihat aspek perundangan Islam yang terdapat dalam karya sastera moden, iaitu novel Melayu. Ini bertolak daripada pengamatan awal yang mendapati ramai pengkaji yang mengkaji aspek perundangan Islam dalam undangundang Melayu lama. Berdasarkan pengamatan terhadap kajian-kajian sastera terdahulu, adalah jelas bahawa karya sastera tradisional lebih banyak dimanfaatkan sebagai bahan kajian. Sehingga kini, dan sepanjang yang diketahui belum ada kajian yang secara serius memanfaatkan karya-karya sastera moden terutamanya novel-novel Melayu yang meneliti aspek perundangan Islam. Lantaran daripada permasalahan ini, artikel ini memilih untuk memanfaatkan dua buah novel Melayu moden, iaitu novel Mencari Locus Standi dan Lentera Mustika karya Nisah Haron bagi menganalisis aspek perundangan Islam yang dikaji. Pilihan ini diasaskan kepada reputasi Nisah Haron sendiri yang sedia dikenali sebagai penulis masa kini yang giat menyeru supaya aspek perundangan dititikberatkan dalam karya sastera. Untuk itu, kajian ini mengguna pakai pandangan daripada tokohtokoh sarjana Islam untuk dijadikan sebagai kerangka analisis yang mengiktiraf aspek perundangan Islam sebagai dokumen kebudayaan masyarakat yang sah dan berautoriti. Antara aspek perundangan Islam yang diterapkan ialah undang-undang keluarga yang bertujuan mengatur dan menyusun kehidupan berkeluarga seperti nikah, cerai, rujuk, nafkah, dan pewarisan. Kajian ini juga diterapkan dengan undang-undang muamalah yang bertujuan untuk mengatur dan menyusun cara pemilikan harta, jual beli, gadaian, sewa menyewa, dan pinjam meminjam. Kecenderungan ini juga didapati aspek perundangan Islam telah ditetapkan berdasarkan lunas-lunas keislaman yang dilaksanakan oleh pemerintah dan penerimaan masyarakat terhadap pelaksanaan undang-undang tersebut sebagaimana yang digambarkan dalam novel-novel yang dikaji.

Reference
  • Abdul Basir Bin Mohamad. (2002). Falsafah Perundangan Islam. Selangor: Mahzum Book Services.
    Abdul Jalil Borham. Pengantar Perundangan Islam. (2002). Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
    Abdul Halim El-Muhammady. (1993). Perkembangan Undang-Undang Islam dari Zaman Rasulullah S.A.W. hingga Zaman Penjajahan Barat. Selangor: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.
    Abu Hassan Bin Mohd Sham. (1972). “UndangUndang Melayu Lama: Tumpuan Khas kepada Hukum Kanun Melaka dan UndangUndang di Bawah Pengaruhnya”. Tesis Master, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
    Ahmad Mohamad Ibrahim. Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 1997.
    Haron Din. Falsafah Perundangan Islam. (1986). Mohd Azam Hamzah dan Md. Akhir Haji Yaacob, ed. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Hassan Haji Salleh. (1973). Pengantar Kepada Fiqh Islam Penggal Pertama. Kelantan: Pustaka Aman Press.
    Mohd. Saleh Bin Haji Ahmad. (1999). Pengantar Syariat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.
    Mahmood Zuhdi Bin Abdul Majid. (1988). Sejarah pembinaan Hukum Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
    Mahmood Zuhdi Bin Abd. Majid. (1997). Pengantar Undang-Undang Islam di Malaysia. KualaLumpur: Universiti Malaya.
    Mahmud Saedon A. Othman. (1998). Institusi Pentadbiran Undang-undang dan Kehakiman Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Nisah Haji Haron. (2002). “ Peguam Bersemangat Waja”. Minda. hlm 92-93. Januari, 2002.
    Nisah Haji Haron. (2003). “Kesilapan Berwasiat Harta Pusaka”. Dewan Masyarakat. 52-53. Mei, 2003.
    Nisah Haji Haron. (2003). “Anak Guam Menjadi Keutamaan”. Dewan Masyarakat. 39-41. Jun, 2003.
    Nisah Haron. (2004). Mencari Locus Standi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
    Nisah Haji Haron. (2004). “Mencari Locus Standi: Ulasan Fiksyem Mencari Locus Standi karya Nisah Haron”. Tunas Cipta. hlm 48-49. November 2004.
    Nisah Haron. (2006). “Anugerah Sastera Negeri Sembilan Penghargaan Kepada Penulis Mapan dan Muda”. Utusan Malaysia. hlm 22. Januari, 2006.
    Nisah Haron. (2009). Lentera Mestika. Kuala Lumpur: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
    Nisah Haji Haron. (2009). “Lentera Mustika: Antara Undang-Undang dan Warisan Khazanah Bangsa-Catatan Pengalaman”. Kertas Seminar Wajah Kepengarangan Muslimah Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 31 Mac-2 April, 2009.
    Nisah Haji Haron. (2009). “Rezeki di Tangan Allah”. Dewan Sastera. 21-23. September, 2009.
    Nisah Haron. (2018). Bengkel Penulisan dan Ceramah sastera dan penulisan kreatif. (6
    Jun 2018). http://annyss.blogspot.my/p/biodata-penuh.html (Diakses pada 12 Jun 2018).
    Norzuzilawati Sulaiman. (2009). “Nisah Haron: Sastera Pilihan Tepat”. Dewan Sastera, hlm 1. September, 2009.
    Radiah Binti Yusuf. (1985). “Soerat Huekoem Kanon: Analisis dan Kajian Teks”. Latihan Ilmiah, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Ruzian Markom. (2003). Apa Itu Undang-Undang Islam. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
    Sabjan Bin Sallahudin. (1978). “Hukum Kanun Pahang: Satu Tinjauan Ringkas”. Latihan Ilmiah, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Shasha. (2009). “Buruan Cinta Murni Mustika: Ulasan Fiksyen Lentera Mustika karya Nisah Haron”. Dewan Sastera. hlm 12. September, 2009.
    Siti Rohayah Attan. (1997). “ Nisah Haron: Menangi Hadiah Cerpen ESSO-Gapena X”. Utusan Malaysia. 11. Ogos, 1997.
    Zaidi Ismail. (2010). “Fikir Sebelum Tulis”. Dewan Bahasa. 61-65. Mac, 2010.