ISU INOVASI PEMBUNGKUSAN USAHAWAN MIKRO MENURUT PERSPEKTIF AGENSI PEMBIMBING DAN USAHAWAN MIKRO
List of Authors
  • MAHANI AMAT , SURAIYA ISHAK

Keyword
  • Cabaran, pengetahuan, usahawan IKS

Abstract
  • Kajian lepas banyak membincangkan cabaran usahawan mikro merangkumi; ketidakcekapan pengurusan, kekangan modal, dan sumber manusia. Namun, masih terdapat jurang untuk melihat isu inovasi dalam aspek pembungkusan bagi meningkatkan kebolehpasaran produk menerusi peranan pembungkusan yang inovatif. Meskipun demikian, terdapat pelbagai isu yang dihadapi oleh usahawan mikro untuk menghasilkan inovasi pembungkusan. Artikel ini bertujuan mengenal pasti isu berkaitan inovasi pembungkusan dalam konteks usahawan mikro menurut perspektif agensi pembimbing dan usahawan mikro. Teknik temu bual digunakan bagi melaksanakan proses pengumpulan data melibatkan empat orang pegawai agensi pembimbing dan lima orang usahawan mikro perusahaan makanan. Pemilihan responden secara persampelan bertujuan memfokuskan pegawai pembimbing yang terlibat secara langsung dengan pembangunan usahawan mikro dan usahawan mikro. Bagi mendapatkan penjelasan lanjut untuk meningkatkan kefahaman, temu bual tidak berstruktur dipilih. Analisis kandungan ke atas temu bual menggunakan ATLAS.ti 8 untuk mengekod dan mengesan tema tertentu. Dapatan kajian mendapati, usahawan mikro berhadapan dengan isu seperti kurangnya pengetahuan mengenai inovasi pembungkusan, sikap dan kesedaran yang sederhana, kekangan kewangan dan penggunaan teknologi yang rendah. Inovasi pembungkusan mampu dilaksanakan jika mendapat sokongan bantuan kewangan, jaringan institusi dan pemindahan teknologi daripada agensi pembimbing. Perbincangan dalam makalah ini memperkayakan sumbangan ilmiah dengan meningkatkan pengetahuan mengenai isu usahawan mikro dan faktor pendorong yang mempengaruhi inovasi pembungkusan.

Reference
  • Abdul Aziz, A.L., Mohd. Abdullah, J., Mohd. Azlan, Y., Osman, J. & Syahira, H. (2011). Asas Keusahawanan dan Pengurusan Perniagaan Kecil dan Sederhana. Kelantan: Universiti Malaysia Kelantan.
    Ahmad Zaki, I. (2011). Formula usahawan berjaya. Edisi ke-1. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
    Ajzen, I. 1991. The Theory of Planned Behavior. Organizational Behavior and Human Decision Processes 50(2), 179-211.
    Alhosseini, S.S.N., Danai, H. & Kamrani, M.N. (2015). Impact of Innovation Variables on Quality of Pharmaceutical Products Packaging. Journal of Applied Packaging Research, 7(3), 1–22.
    Ampuero, O. & Vila, N. (2006). Consumer perceptions of product packaging. Journal of Consumer Marketing, 23(2), 100–112.
    Anon. (2018). Pembungkusan, pelabelan perkara utama sesuatu produk. Utusan Borneo (Sabah). Sabah.
    Ayupp, K. & Tudin, R. (2013). Malaysian Food Processing Industry : Strategies for Growth. International Journal of Business and Social Science, 4(16), 172-180.
    Azad, N. & Masoumi, M. (2012). The Impact of Packaging on Product Competition. Management Science Letters, 2(8), 2789-2794.
    Bahadur Ali, S. & Naimatullah, S. (2015). Developing attitudes and intentions among potential entrepreneurs. Journal of Enterprise Information Management, 28(2), 304–322.
    Beneke, J., Mathews, O., Munthree, T. & Pillay, K. (2015). The role of package colour in influencing purchase intent of bottled water: Implications for SMEs and entrepreneurs. Journal of Research in Marketing and Entrepreneurship, 17(2), 165-192.
    Choi, Y. & Lim, U. (2017). Contextual Factors Affecting the Innovation Performance of Manufacturing SMEs in Korea: A Structural Equation Modeling Approach. Sustainability, 9(7),1193.
    Deshati, E. (2016). Business Strategies of SME’s, Innovation Types and Factors Influencing their Innovation: Albanian Case. International Journal of Economics & Management Sciences, 5(2), 1–6.
    Farhana Hanim Mohd Mydin. (2014). Usahawan perlu bijak jana pasaran global. Kosmo!, 30 November: A15.
    Hafizan, T. (2018). Program tumpu aktiviti pemasaran bantu usahawan IKS. Selangor Kini https://selangorkini.my/2018/11/program-tumpu-aktiviti-pemasaran-bantuusahawan-iks/.
    Kollmuss, A. & Agyeman, J. (2002). Mind the Gap: Why do people act environmentally and what are the barriers to proenvironmental behavior? Environmental Education Research, 8(3), 239-260.
    Kotler, P., Keller, K.L., Brady, M., Goodman, M. & Hansen, T. (2012). Marketing Management https://www.saxo.com/dk/marketing-management_dr-philip-kotler_hardback_9780273743613.
    Kurtkoti, A. (2016). Factors Influencing Consumer Buying Decision Process For Different Products And Brands. Sankalpa: Journal of Management & Research, 6(1),1-16.
    Luminer, Lakewood & N.J. (2017). Survey: How shoppers respond to packaging, labeling on crowded store shelves | 2017-10-16 | Refrigerated Frozen Food. Refrigerated & Frozen Foods https://www.refrigeratedfrozenfood.com/articles/93684-survey-how-shoppers-respond-topackaging-labeling-on-crowded-storeshelves [18 February 2019].
    Mahani, A. & Suraiya, I. (2019). Faktor PSiKKIT: Pendorong inovasi pembungkusan dalam kalangan Industri Kecil dan Sederhana berasaskan perusahaan makanan. Malaysian Journal of Society and Space, 15(3), 1-14.
    Mahani, A., Suraiya, I. & Hamzah, J. (2018). Dorongan usahawan IKS dalam inovasi pembungkusan di Malaysia. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, 4(13), 1–15.
    Md Noorazah, N. & Juhana, S. (2013). Model perkongsian pengetahuan dalam organisasi sektor swasta di Malaysia dan hubungannya dengan inovasi dan prestasi organisasi. Jurnal Teknologi (Sciences and Engineering), 64(1), 67–76.
    Md Nor, N.G., Bhuiyan, A.B., Said, J. & Alam, S.S. (2016). Innovation barriers and risks for food processing SMEs in Malaysia : A logistic regression analysis. Malaysian Journal of Society and Space, 12(2), 167-178.
    Mohd Hizam, H. & Usman, Y. (2016). Special Issue on Economics and Management Studies in Malaysia The Goal Attainment and Future Direction of Business among SME Entrepreneurs. Acta Universitatis Danubius, 12(3), 5–17.
    Mohd Shaladdin, M., Wan Abdul Aziz, W.M.A. & Muhammad Abi Sofian, A.H. (2011). Usahawan Kraf di Malaysia: Analisa Laluan Terhadap Perhubungan Inovasi Produk, Komitmen Perniagaan dan Perkembangan Perniagaan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI
    (PERKEM VI), Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup, 5-7 (2), 208–217.
    Norhadiani, B. (2017). Bungkus bagi cantik. Harian Metro. Kuala Lumpur. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/10/274794/bungkus-bagi-cantik.
    Ombi, N., Ambad, S.N.A. & Bujang, I. (2018). The Effect of Business Development Services on Small Medium Enterprises (SMEs) Performance. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(3),117-130.
    Pathak, A. (2014). The cognitive power of product Packaging. Journal of Business and
    Management (IOSR-JBM), 16(7), 61–64.
    Rajagopal, P. & Burnkrant, R.E. (2008). Consumer Evaluations of Hybrid Products. Journal of Consumer Research, 36(2), 232-241.
    Siti Hasnah, H., Wai Leng, L. & Wong Wai, P. (2012). The influence of food product packaging attributes in purchase decision: A study among consumers in Penang, Malaysia. Journal of Agribusiness Marketing, 5, 14-28.
    SME Corporation, M. (2018). Dunia yang berhubung: Pendigitalan PKS. Malaysia.
    Suraiya, I., Abd Hair, A., Mohd Yusof, H., Ahmad Raflis, C.O., Sarmila, M.S., Suhana, S., Zaimah, R. & Azima, A.M. (2015). Penelitian tingkah laku inovasi firma makanan halal kecil di Malaysia: Satu analisis tentatif. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 11(2), 64–76.
    Suraiya, I. & Ahmad Raflis, C.O. (2013). Do Small Firms Possess Innovative Behavior? Evidence from Malaysia. Journal of Innovation Management in Small and Medium Enterprises, 2013, 1-17.
    Suraiya, I., Ahmad Raflis, C.O., Fahruddin, M.A.B. & Lokhman Hakim, O. (2018). Amalan pembelajaran dan kesannya terhadap pembentukan pengetahuan serta kemahiran perniagaan dalam kalangan Generasi Z. Malaysian Journal of Society and Space, 14(01), 15-28.
    Tinne, W.. (2016). Impact of Packaging on Consumer Buying Behaviour at Dhaka City. Global Disclosure of Economics and Business, 5(2), 93-100.
    Wani, A.A., Singh, P. & Langowski, H.C. (2013). Food Technologies: Packaging. Encyclopedia of Food Safety, 3, 211-218.
    Zekiri, J. & Hasani, V.V. (2015). The Role and Impact of the Packaging Effect on Consumer Buying Behaviour. Ecoforum, 4(1), 232-240.