Kepimpinan instruksional merujuk kepada usaha untuk menggalakkan dan menyokong pihak-pihak yang terlibat dalam proses pengurusan untuk mencapai matlamat sekolah dan penubuhan sistem sosial sekolah yang berkesan.. Dalam usaha mencapai kecemerlangan berterusan, kepimpinan sekolah perlu berperanan secara proaktif untuk membangunkan para guru kerana guru merupakan pelaksana dasar, visi dan misi sekolah dalam mencapai matlamat sekolah dan seterusnya merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar di sekolah kebangsaan di Daerah Kuala Langat. Kajian ini bertujuan untuk membantu pihak pentadbir di sekolah melihat secara telus permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam usaha mengoptimumkan integrasi kepimpinan guru melalui kepimpinan guru besar yang berkesan Selain itu, membawa satu kesedaran bahawa teori kepimpinan instruksional guru besar dalam membantu guru untuk menjamin kualiti dan prestasi dalam profesion pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan bagi tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan dimensi-dimensi yang diamalkannya di sekolah kebangsaan di daerah Kuala Langat adalah berada pada tahap yang tinggi. Ini bererti pentadbir memberi penekanan terhadap kehendak dan matlamat sekolah secara maksimum kepada warga sekolah kerana matlamat adalah halatuju sesebuah sekolah. Pentadbir perlu memberi penekanan terhadap amalan kepimpinan instruksional dengan lebih menekankan akauntabiliti pihak sekolah sendiri dalam memajukan sekolah dalam mencapai kecemerlangan sekolah yang sentiasa terjamin.