Fasa Kedua Pembinaan Instrumen Pengurusan Diri Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran KSSR Semakan Tahun 1
List of Authors
  • Kama Shaffeei, Zul Izuddin Suhaimi

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian yang dijalankan bertujuan untuk membangunkan Instrumen Pengurusan Diri Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (MBKBP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan Tahun 1 sebagai alat pengujian dan pengukuran tahap pencapaian kemahiran murid. Kajian ini juga menggunakan Model McIntire & Miller (2007) yang telah diubahsuai kepada tiga fasa. Kajian ini  adalah kajian yang dijalankan pada fasa kedua (Pembinaan) daripada keseluruhan kajian besar. Kaedah kesahan pakar digunakan dalam pembangunan instrumen untuk menilai kebolehpercayaan item yang telah dibangunkan. Hasil analisis daripada kesahan pakar tersebut nilai alpha cronbach akan dilihat untuk memastikan darjah persetujuan diantara pakar penilai yang dilantik. Hasil dapatan analisis pakar tersebut akan menghasilkan satu Instrumen Pengurusan Diri Murid Berkeperluan Khas untuk menilai tahap kandungan item yang telah dibangunkan agar bersesuaian dengan tahap keupayaan MBKBP dalam penguasaan Mata Pelajaran Pengurusan Diri tahun 1.  


Reference
  • No Data Recorded