Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP): Manfaat kepada Pelajar di Sekolah Menengah dalam Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah
List of Authors
Anuar Ahmad, Eileen Lau Hoong Ping
Keyword
Pembelajaran Berasaskan Projek, manfaat, cabaran, Mata Pelajaran Sejarah
Abstract
Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan salah satu amalan yang boleh diterapkan dalam mata pelajaran sejarah di sekolah menengah. Mata pelajaran sejarah bertujuan untuk mewujudkan semangat perpaduan, memupuk semangat patriotik serta menghargai budaya dan warisan negara di kalangan murid. Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek merupakan pembelajaran aktif dan juga dapat menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis di kalangan murid. Tujuan kertas konsep ini adalah untuk membincangkan tentang manfaat pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek di kalangan murid dalam mempelajari sejarah. Selain itu, kertas konsep ini juga menyatakan tentang cabaran pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek oleh guru sejarah di sekolah menengah. Kertas konsep ini secara amnya menunjukkan pelaksanaan PBP dalam proses pembelajaran menyumbang banyak manfaat kepada murid dalam mempelajari sejarah. Kertas konsep ini diharapkan dapat memberi pedagogi alternatif kepada guru-guru Sejarah untuk meningkatkan minat dan motivasi murid dalam mempelajari mata pelajaran sejarah. Kesimpulannya, aktiviti Pembelajaran Berasaskan Projek harus dilaksanakan oleh guru kerana dapat meningkatkan motivasi dan minat murid dalam mempelajari mata pelajaran sejarah.