Kemampanan pertanian sawit pekebun kecil orang asli di Semenanjung Malaysia
List of Authors
  • Abd Hair Awang , Junaidi Awang Besar , Lim Jie Wei , Novel Lyndon , Saiful Farisin Md Ramlan , Sivapalan Selvadurai , Suhana Saad , Yew, Vivien W.C.

Keyword
  • Orang asli, Semenanjung Malaysia, kelapa sawit, pekebun kecil, kemampanan

Abstract
  • Populariti pengeluaran minyak sawit adalah sangat luar biasa. Sekitar 10 peratus daripada kegiatan pertanian dan perladangan dunia merupakan kawasan tanaman kelapa sawit global. Malah, 85% pengeluaran minyak sawit dihasilkan di Malaysia dan Indonesia. Minyak sawit juga telah meningkatkan pendapatan penduduk di kedua-dua buah negara, terutama kepada golongan petani. Namun, ada harga yang perlu dibayar akibat kegiatan pertanian kelapa sawit seperti kemusnahan alam sekitar, hak buruh dan hak asasi manusia yang seringkali diabaikan. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka kaedah pertanian sawit lestari yang dijalankan oleh pekebun kecil kelapa sawit Orang Asli. Kajian ini dijalankan di salah sebuah kampung Orang Asli yang terletak di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Kampung Sungai Mai, Jerantut, Pahang. Melalui pendekatan kualitatif, lapan orang petani Orang Asli telah ditemu bual secara berkala melalui persampelan rawak mudah dan bola salji. Hasil kajian menunjukkan bahawa petani Orang Asli mengusahakan pertanian mereka sebagai bentuk pemilikan tanah yang juga merupakan salah satu prasyarat MSPO. Pertanian keluarga merupakan langkah seterusnya untuk mewujudkan pertanian lestari selain menangani penebangan hutan melalui kegiatan penanaman kelapa sawit.

Reference
  • 1. Ahmad Kushairi Din & Balu, N. (2019). Malaysia’s Palm Oil Supply and Demand Updates 2019. Malaysian Palm Oil Council. http://www.pointers.org.my/v2/report_details.php?id=276 (akses 20 January 2020)
    2. Berg, B.L. (2001). Qualitative Research Methods for the Social Sciences (4th ed.). Needham Heights, MA: Allyn and Bacon.
    3. Bernama (State News, 27 May 2019). Ease land ownership of Orang Asli oil palm smallholders. http://www.bernama.com/state-news/berita.php?id=1730535
    4. Colchester, M. & Lumuru, R. (2005). The Roundtable on Sustainable Palm Oil: Analysis, Prospects and Progress. Briefing Paper following Second Meeting of RSPO. http://www.forestpeoples.org/en/topics/palm-oil-rspo/ (akses 20 Januari 2020)
    5. Colchester, M. (2011). Palm oil and indigenous people in South East Asia. International Land Coalition: England
    6. FAO. (2016). Palm oil. Foof and Agriculture Organization of the United Nations. http://www.fao.org/documents/card/en/c/0c36ca3f-dcf4-5dfc-b599-73bb76840cb7 (akses 20 January 2020)
    7. Flick, U. (1998). An Introduction to Qualitative Research, Sage Publications, London.
    8. Hooker, M. B. (1970). Readings in Malay Adat Laws. Singapore: Singapore University Press.
    9. Institute Darul Ridzuan (2014). Palm oil - How it has helped the Orang Asli community to improve their livelihood and impacted better rainforest management: A case study of Temiar tribe in Ulu Kinta Perak. http://archive.mpoc.org.my/mpoctest/2019/05/29/palm-oil-how-it-has-helped-the-orang-asli-community-to-improve-their-livelihood-and-impacted-better%20rainforest management -a-case-study-of-temiar-tribe-in-ulu-kinta-ipoh-perak-malaysia/ (akses 29 Mei 2019)
    10. Johnston, I. (2017). Last place on Earth where tigers, elephants, orangutans and rhinos still live together is being destroyed. https://www.independent.co.uk/environment/leuser-sumatra-indonesia-last-earth-place-tigers elephants-orangutans-rhinos-live-together- a7677791.html (akses 20 April 2017)
    11. Junaidi Awang Besar & Vivien W.C. Yew. (2018). Perception of Orang Asli youths on labour force participation in oil palm plantations. Information, 21 (6), 1733-1743.
    12. Malaysiakini. (2019). NCR recognition part of MSPO standard, environmental group told. https://www.malaysiakini.com/news/ 484958| (akses 22 Julai 2019)
    13. Nambiappan, et al. (2018). Malaysia: 100 years of resilient palm oil economic performance. Journal of Oil Palm Research. 30 (1), 13-25.
    14. Yew, V.W.C., Junaidi, A.B., Azima, A.M., Zaimah, R. & Balu, N. (2016). The sustainability of oil palm industry in Malaysia. International Journal of Economic Perspectives, 10 (4), 305-310.