Kepentingan tajuk perancangan harta dalam Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam di Malaysia
List of Authors
  • Maffuza Salleh , Nurhayati Abdul Ghani

Keyword
  • perancangan harta, modul, kursus praperkahwinan

Abstract
  • Perancangan harta merupakan satu topik penting yang perlu difahami oleh pasangan dalam rumah tangga. Tanpa perancangan harta yang baik, sesebuah keluarga akan berada dalam keadaan yang sukar jika keluarga ditimpa musibah seperti perceraian, kemalangan dan kematian. Banyak kes-kes yang berlaku melibatkan perebutan harta berpunca daripada kegagalan merancang harta dengan baik. Di Malaysia kursus praperkahwinan adalah satu keperluan dalam permohonan orang Islam untuk berkahwin. Kursus ini menggunakan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) yang diterbitkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan disemak setiap 5 tahun. Oleh itu, kajian ini dibuat untuk menunjukkan kepentingan tajuk perancangan harta untuk dimasukkan ke dalam MBKPI bagi memberi pendedahan perancangan harta kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga. Kajian ini berbentuk kualitatif, menggunakan kaedah analisis dokumen MBKPI dan temubual tidak berstruktur kepada pihak penggubal modul iaitu JAKIM dan pihak pelaksana modul iaitu penceramah kursus praperkahwinan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Hasil kajian mendapati MBKPI sedia ada hanya membincangkan tajuk perancangan kewangan sahaja dan tiada pendedahan berkenaan perancangan harta. Statistik menunjukkan jumlah perceraian semakin meningkat terutama dalam kalangan pasangan muda (umur perkahwinan di bawah 5 tahun) menunjukkan adanya keperluan untuk tajuk perancangan harta dimasukkan dalam semakan MBKPI akan datang.

Reference
  • 1. _______________. (2011). Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan. Shah Alam: Yayasan Restu. Cetakan 6.

    2. Abdul Aziz, H., & Yusmawati, Y. (2006). ‘Perancangan harta di Zar Perunding Pusaka Sdn. Bhd.’, dalam Siti Mashitoh Mahamood (ed.). Harta Amanah Orang Islam di Malaysia. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    3. Ahmad Hidayat Buang. (2008). ‘Prinsip dan Pelaksanaan Wasiat’, dalam Ahmad Hidayat Buang. Undang-undang Islam di Malaysia: Prinsip dan Amalan. Penerbit Universiti Malaysia, Kuala Lumpur.

    4. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2002). Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam. JAKIM

    5. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2018). Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam. JAKIM

    6. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2020) Kenyataan Media 30 November 2020, https://www.facebook.com/StatsMalaysia/photos/a.413596051995354/3787530657935193

    7. Khairil Azuar Mohd. Noor. (2002). Kursus pra perkahwinan dan perlaksanaannya di Negeri Johor : kajian terhadap Jabatan Agama Johor, Johor Bahru, Johor.

    8. Latipah Lebai Mat. (2003). Kursus Praperkahwinan: Satu Tinjauan Tentang Perlaksanaan dan Kesannya di Daerah Kota Setar, Kedah.

    9. Luqman Arif Abdul Karim. (2018). The NST: Government looking to make pre-marital courses compulsory for non-Muslim couples.

    10. Mohd Zamro, M., & Mohd. Ridzuan, A. (2006). Undang-Undang Pusaka Islam Perlaksanaan di Malaysia. Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

    11. Muhammad Husni Hasbulah & Mohd Zaidi. (2015). ‘Perancangan Pembahagian Harta Semasa Hidup Dalam Islam : Konsep dan Kepentingannya’. Global Journal Al-Thaqafah. Vol.5. Issue 1. 119.

    12. Nizaita Omar, Siti Murdiah Salleh, Rahimah Embong, Ruzaini Sulaiman@Abdul Rahim & Zulkifly Muda (2018) Penelitian Terhadap Pelaksanaan Kursus Pra Perkahwinan Islam Di Malaysia, Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018, http: //www.unisza.edu.my/medc2018

    13. Othman Yaacob. (2006). Pembentukan Trust Hibah Sebagai Alternatif Perancangan Harta”. Dalam Siti Mashitoh Mahamood (ed). Harta Amanah Orang Islam di Malaysia: Perspektif Undang-undang dan Pentadbiran. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    14. Rafeah Saidon, Amal Hayati Ishak, Baterah Alias, Fadhilah Adibah Ismail, Suliah Mohd. Aris. (2016) Examining Weaknesses in the Governance of Premarital Course for Muslims in Malaysia. The European Proceedings of Social and Bihavorial Sciences. © 2016 Published by Future Academy www.FutureAcademy.org.uk,

    15. Ruhil Hayati, (2011). “Modul Kursus Praperkahwinan Islam: Kajian Terhadap Keberkesanannya Di Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Darul Ridzuan.

    16. Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakub. (2010). “Masalah kegagalan dan kelewatan pengagihan harta pusaka di Malaysia”, Volume 5, No. 2.

    17. Sadali, R. (2006). Personal Wealth Management for Muslims. HTHT Advisory Services Pte Ltd., Singapore.

    18. Safuan Yaacob. (2000). Kursus pra perkahwinan : satu tinjauan perlaksanaan dan kesannya di Pantai Timur. Safuan Yaacob.

    19. Saidon, R., Ishak, A. H., Alias, B., Ismail, F. A., & Aris, S. M. (2016). Towards Good Governance of Premarital Course for Muslims in Malaysia. International Review of Management and Marketing, 6(8S).

    20. Sinar Harian. 28 Sept 2020 ‘Jaga hati’ punca masalah tuntutan harta pusaka, retrieved 4 Disember 2020 https://www.sinarharian.com.my/article/102942/BISNES/Jaga-hati-punca-masalah-tuntutan-harta-pusaka

    21. Siti Mashitoh, M. (2007). “Pembentukan Dana Wakaf Menurut Perspektif Syariah Dan UndangUndang Serta Aplikasinya Di Malaysia”, Jurnal Syariah, 15(2):69-70.

    22. Siti Masliza Mustapha. (1997). Kursus Pra Perkahwinan: Fungsi Dan Kesannya Di Dalam Membentuk Keluarga Bahagia, Satu Tinjauan Di Selangor Darul Ehsan.

    23. Siti Murdiah. (20160. “Kursus Praperkahwinan Islam: Satu Tinjauan Awal”. International Postgraduate Research Conference (IPRC).

    24. Sharifah Nur Nusrah Syed Yassin & Suhaili Alma’amun. (2018). “Pengurusan Kewangan Keluarga Dan Kursus Pra Perkahwinan Muslim di Malaysia”. 5th International Research Management & Innovation Conference.

    25. Towil Juraimi. (1999). Kursus pra perkahwinan : satu kajian tentang prosedur dan kaedah yang digunakan di negeri Selangor D.E.

    26. Utusan Malaysia, 22 September 2015, 12:23AM. Modul Kursus Kahwin disemak setiap 5 tahun- Jakim. Retrieved 26 Februari 2020. https://www.utusan.com.my/berita/nasional/model-kursus-kahwin-8232-disemak-setiap-5-tahun-8211-jakim-1.138840