Tujuan kajian adalah untuk menyelidik sejauh mana amalan kepimpinan instruksional dilaksanakan di sekolah, dan mengapa amalan tersebut perlu dilaksanakan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes di mana data pemerhatian, temu bual berstruktur dan tidak berstruktur serta rujukan dokumen dianalisis secara kualitatif. Soalan temu bual disediakan berdasarkan instrumen Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) oleh Hallinger (1985) dan disesuaikan dengan kerangka kajian Bossert et.al. (1982). Empat orang guru besar dipilih berdasarkan pengalaman mereka sebagai penolong kanan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa amalan kepimpinan instruksional dilaksanakan dan menjelaskan keperluan amalan tersebut di lokasi kajian. Implikasi kajian bahawa pihak PPD, JPNS, KPM dan IAB perlu memberi perhatian terhadap aspek pemerkasaan kepimpinan dalam pengurusan. Kajian ini dapat dijadikan rujukan terhadap amalan kepimpinan instruksional di sekolah. Sehubungan itu, kajian masa hadapan perlu dilakukan terhadap isu-isu berkaitan keberkesanan kepimpinan instruksional dan pengupayaan peranan serta tanggungjawab guru besar di sekolah.