Ekologi dan corak pemilikan tanah adat etnik Bidayuh
List of Authors
  • Azima Abdul Manaf , Sarmila Md Sum , Zaimah Ramli

Keyword
  • Bidayuh, budaya tanah adat, generasi, identiti, motif pemilikan, generasi

Abstract
  • Pertikaian dalam pemilikan tanah adat telah mencetuskan persoalan terhadap motif sebenar komuniti Bidayuh mempertahankan hak mereka terhadap tanah. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk memahami motif pemilikan tanah dalam kalangan komuniti Bidayuh di Sarawak. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah dengan menggunakan metod kualitatif yang bersifat naratif dengan mengambilkira world-view dan pengalaman sosial komuniti Bidayuh mengenai motif pemilikan tanah adat dalam kalangan mereka. Oleh yang demikian indetph interview dengan pemilik tanah adat dalam kalangan pemilik tanah adat di daerah Serian telah dilakukan. Hasil dapatan kajian menjelaskan bahawa motif pemilikan komuniti Bidayuh terhadap tanah lebih tertumpu kepada usaha untuk mengekalkan identiti dan keperluan ekonomi saradiri mereka. Dapatan temubual mendalam dengan pemilik tanah mendapati motif sosial pemilikan tanah sangat diperlukan atas beberapa sebab seperti keperluan menjaga identiti kelompok, tanah sebagai nilai kekayaan komuniti, tanah sebagai asset ekonomi masyarakat dan melalui tanah ikatan solidary akan dapat diwujudkan. Manakala dapatan dalam konteks ekonomi pula menjelaskan bahawa tanah sebagai sumber pencarian suku kaum, bimbang berlakunya peningkatan dalam pasaran tanah, wujud persaingan dalam pemilikan serta bimbang wujudnya perlucutan pemilikan. Justeru beberapa usaha yang menyentuh keperluan pemerkasaan tanah mereka dalam konteks geran tanah inidividu sangat diperlukan bagi mengelakkan pelbagai perselisihan faham dan dalam masa yang sama dapat mempertahankan keselamatan pemilikan tanah adat.

Reference
  • 1. Abdul Hakim Abdul Hamid dan Adibah Awang. (2009). Pembangunan harta tanah dan pelestarian alam. Prosiding Seminar Pembangunan Harta Tanah Kebangsaan Menurut Perspektif Islam, hlm. 1-22.
    2. Azima Abdul Manaf, Novel Lyndon, SivapalanSelvadurai, MohdYusofHussain, ZaimahRamli, SarmilaMd Sum, SuhanaSaad, Mokhtar Jaafar, Fuad Mat Jali. (2014). Menangani cabaran transformasi tanah NCR: Satu keperluan terhadap pendekatan pemetaan berpenglibatan. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space 10 Issue 1, (110-117).
    3. Bonita Lawrence and Enakski Dua. (2009). Indigenous and restorative justice:reclaiming humanity and community. Nebraskas: University of Nebraska Press.
    4. Burke A. Hendrix (2005), Memory in native American Land Claims, Political Theory 2005 : 733-763.
    5. Charlie Anak Unggang. (2014). Etnik Bidayuh: Budaya dan warisan. Kuching: Institut Penyelidikan Guru Malaysia.
    6. Contula L (2006) Key concept and trends in policy and legislation. International Institute for Environment dan Development (39): 9-20.
    7. Colchester, Tom Griffiths, Fergus Mackay, John Nelson (2008) Indigenous Land Tenure and possibilities. Forest Peoples Programme, Moreton-in-Marsh, United Kongdom.
    8. Dawos Mamit, J., Ahi A. Sarok& Nicholas Amin. (2003). Creating a new Bidayuh identity. Kuching: DayakBidayuh National Association
    9. FAO (Food & Agriculture Organization of The United Nations). (2002) .A Gender Perspective on Land Rights
    10. F. Dumont E, Glon and B. Sepulveda. 2018. Identifiation, visibility and regonition of indigenous people. UCL Press: London IensKorff. (2013). Meaning of land to Aboriginal people. Creative Spirits. (atas talian) http://www.creativespirits.info/aboriginalculture/land/meaning-of-land-to-aboriginal-people [8 Februari 2013].
    11. Lisa A. McLoughlin. 2019. US Pagans and Indigenous Americans:Land and Identity. Religions. 10(3): 152-162
    12. Jens Korff. (2018). Aboriginal Culture Essentials.Cambridge University Press: Cambridge
    13. Janis Alcorn. (2013). The importance of self-determination, territory and rights to land other natural resources. Journal Land and Community 7 (1): 56-72
    14. MishuanaGeoman. (2008). From place to territories and back again. Centering storied land in the discussion of indigenous nation-building. International Journal of Critical Indigenous Studies. Vol. 1, No. 1 2008, 23-34.
    15. Marcus B. Lane. (2006). The role of planning in achieving indigenous land justice and community goals. Land Use Policy, Vol. 23, Issue 4, October 2006, 385-394.
    16. Muhammad Sodbir Hamzah, Hussin Abdullah, Mohamad Shukri Abdul Hamid. (2019). Economic growth, financial development and institutions: a review of the literature. Journal e-Bangi.Vol 16 (8): 1-16.
    17. Norfolk &Liversage (2008), Land Reform and Poverty Alleviation in Mozambique. The Southern African regional Poverty Network, Human Sciences Research Council.
    18. Nurzalikha Sa’adi, Nadzirah Zainordin (2019). Application of Green Technology among the contractors in central region of Sarawak.Journal e-Bangi. Vol 16(3): 13-23.
    19. Noviatin Syarifuddin, Mohamad Fauzi Sukimi, Rahimah Abdul Aziz. (2018). Socialization agent’s knowledge dissemination among BAjau LAut Community: Tun Sakaran Marine Park Conservation Zone, Sabah. Journal e-Bangi. Vol 13 ( 2):249-259.
    20. Kirsten Ewer Anderson. (2011). Communal Tenure and the government of common property resources in Asia. Land Tenure Working Paper 20. Food and Agriculture Organization Of United Nation