Covid-19: Khidmat komuniti secara dalam talian
List of Authors
  • Amnah Saayah Ismail , Nur Surayya Mohd Saudi

Keyword
  • Dalam talian, Covid-19, Khidmat Komunti, Pelajar, Mata Pelajaran Umum

Abstract
  • Pandemik Covid-19 telah menjadi ancaman kepada seluruh dunia termasuk Malaysia. Keadaan ini menyebabkan kerisauan dan keresahan dalam kalangan masyarakat. Pelbagai program dibuat oleh banyak pihak untuk memberi kesedaran dan pengetahuan berkenaan bahaya pandemik ini. Justeru penulisan ini akan membincangkan berkenaan khidmat komuniti secara dalam talian yang dibuat oleh pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia yang bermula pada bulan Mac 2020 yang lepas. Medium yang digunakan untuk program khidmat komuniti secara dalam talian ini ialah Youtube dan Instagram. Metodologi penulisan ini ialah kualitatif dengan memberi penekanan kepada kajian kepustakaan dan analisis kandungan serta pemerhatian. Penulisan juga akan mengenengahkan data tontonan, menyukai dan komen yang diperolehi sepanjang video dimuatnaik oleh pelajar. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat di Youtube terdapat 643 tontotan, 202 menyukai dan 15 komen sepanjang satu minggu tempoh tayangan. Manakala di saluran Instagram pula terdapat 2038 tontonan dan 97 menyukai video yang dimuatnaik oleh peserta khidmat komuniti. Berdasarkan data yang diperolehi menunjukkan terdapat sambutan yang baik dalam kalangan warga maya dengan video yang dimuatnaik berkenaan kesedaran, keselamatan dan pengetahuan berkenaan Covid-19.

Reference
  • 1. Abdul Hakim Rahman. April 24, 2020. Pelajar IPT boleh balik kampung mulai 27 April ini. Dimuat turun dari https://www.astroawani.com.

    2. Amnah Saayah Ismail, Nor Nazimi Mohd Mustaffa, Aida Nasirah Abdullah, Nur Surayya Mohd Saudi, Nurhana Mohd Rafiuddin. 2020. Pembentukan Kepimpinan Pelajar Menerusi Program Khidmat Komuniti di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Social Sciences and Humanities in the 4th Industrial Revolution Issues, Special Issue, ZULFAQAR Journal of Defence Management, Social Science & Humanities (2020) 29-35.

    3. Bunyan, John (16 March 2020). "PM: Malaysia under movement control order from Wed until March 31, all shops closed except for essential services". Dimuat turun dari https://www.malaymail.com.

    4. Fauzi Suhaimi. Mac 20, 2020. KPT benarkan UA, IPTS laksanakan PdP dalam talian. Dimuat turun dari https://www.astroawani.com.

    5. Idris Jusoh. (2015, Januari 23). Terima kasih untuk Sukarelawan. Berita Harian

    6. Khaled Nordin (2011, September 29). Mahasiswa: Gerak untuk Malaysia. Utusan Malaysia.

    7. Rozita Talha. 2020. Kajian Kes Impak Perintah Kawalan Pergerakan Kepada Penduduk Malaysia. Dimuat turut dari https://www.dosm.gov.my.

    8. Sirletti, Sonia; Remondini, Chiara; Lepido, Daniele (24 February 2020). "Virus Outbreak Drives Italians to Panic-Buying of Masks and Food". Dimuat turut dari www.bloomberg.com.

    9. SOP Perintah Kawalan Pergerakan. Dimuat turun dari https://www.mkn.gov.my.

    10. Webmaster. (22 Jun 2020) "Ministry of Hajj and Umrah: Hajj 1441H Is Decided to Take Place This Year with Limited Number of Pilgrims from All Nationalities Residing in Saudi Arabia The official Saudi Press Agency". Dimuat turut dari www.spa.gov.sa.

    11. Webmaster. (26 Jan 2021). Langkah-langkah Kesiapsagaan dan respon KKM Novel Coronavirus. Dimuat turun dari https://www.penerangan.gov.my/

    12. Zaliha Hj Hussin. & Mohd Ramlan Mohd Arshad. (2012). Altruism as Motivational Factors Toward Volunteerism among Youth in Petaling Jaya, Selangor. IPEDR, 225-229. Mardhiyyah, S. & et al. (2013). Empowering Youth Volunteerism: The Importance and Global Motivating Factors. Journal of Educational and Sosial Research, 502-507.