Perusahaan Kecil dan Sederhana: perbezaan persepsi terhadap amalan terbaik dalam operasi pembuatan
List of Authors
  • Muhammad Abi Sofian Abdul Halim , Shaladdin Muda

Keyword
  • Amalan Terbaik, Operasi, Pesanan untuk Pembuatan, Perusahaan Kecil dan Sederhana

Abstract
  • Kajian ini bertujuan menganalisa perbezaan persepsi dalam kalangan Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) di Semenanjung Malaysia terhadap pendekatan amalan terbaik dalam pengurusan operasi bagi sektor pesanan untuk pembuatan. Terdapat empat kriteria penting bagi pendekatan amalan terbaik dalam operasi, iaitu; meningkatkan pendapatan, kapasiti pengeluaran, keberkesanan sumber manusia, dan juga peningkatan berterusan yang menyeluruh. Berdasarkan objektif kajian ini, terdapat lima hipotesis yang telah dibina untuk menguji perbezaan persepsi diantara kumpulan sasaran dari sudut amalan terbaik dalam pengurusan ini, iaitu; tahap pengurusan, lokasi operasi, tempoh operasi, jenis syarikat, dan struktur syarikat. Kajian ini melibatkan sampel sebanyak 329 PKS dari keseluruhan populasi 732 yang beroperasi di Semenanjung Malaysia.Ujian sampel tunggal, t-test dan ANOVA telah digunakan untuk kajian tinjauan ini. Penemuan kajian ini mendapati bahawa terdapat tiga faktor yang mempunyai perbezaan signifikan terhadap pendekatan amalan terbaik dalam pengurusan operasi, iaitu; faktor lokasi operasi yang berbeza diantara lokasi yang beroperasi di Pantai Timur, Selatan, Utara dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia; faktor jenis syarikat yang berbeza persepsinya di antara perusahaan yang berskala kecil dan sederhana; dan juga faktor struktur syarikat yang berbeza persepsinya di antara kumpulan perniagaan persendirian, perkongsian dan lain-lain. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa pendekatan amalan terbaik dalam operasi ini amat kurang diberi penekanan oleh PKS yang beroperasi di luar dari Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Konsep ini juga tidak banyak diamalkan oleh penguasa kecil dan persendirian berbanding pengusaha sederhana dan perkongsian yang sememangnya telah mengamalkan sistem pengurusan ini.

Reference
  • 1. Anonymous, (Sept 2011), “Informasi Laman Infodesa” Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa.http://www.infodesa.gov.my.
    2. Bank Negara Malaysia (2005), Definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), www.bnm.gov.my.
    3. Bjorge Timenes Laugen, Nuran Acur, Harry Boer, Jan Frick, (2005),"Best manufacturing practices: What Do the Best-performing Companies do?", International Journal of Operations & Production Management, Vol. 25 Iss: 2 pp. 131-150.
    4. Cooper, D.R., & Emory, C.W. (1995). Business Research Methods (5th Edition). USA: McGraw-Hill.
    5. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008), Kamus Dewan Edisi ke Empat.http://www.dbp.gov.my/lamandbp/ main.php.
    6. Fah, L.Y., & Hoon, K.C. (1999). Introduction to Statistical Analysis in Social Sciences Reserch. Selangor: Venton Publshing.
    7. Federation of Malaysian Manufacturers (2012). Best Practice for SMEs. Diambil daripada www.fmm.org.my.
    8. Flynn, B.B., Schroeder, R.G. and Flynn, E.J. (1999), “World Class Manufacturing: An Investigation of Hayes and Wheelwright’s foundation”, Journal of Operations Management, Vol. 17,pp. 249-69.
    9. Hashim, M.K. and Abdullah, M.S. (2000). Developing SMEs taxonomies in Malaysia. Malaysian Management Journal, June/Dec, 4(1), pp.43-50.
    10. Hayes, R.H. and Wheelwright, S.C. (1984), Restoring our Competitive Edge: Competing through Manufacturing, John Wiley, New York, NY.
    11. Laporan Tahunan PKS (2015). Banci Ekonomi 2011, Profil Perusahaan Kecil dan Sederhana, Jabatan Perangkaan Malaysia. http://www.smecorp.gov.my/images/Publi cation/Annualreport/2015_2016/BM_byChapter/SME% 20AR%202015-16%20Lampiran.pdf.
    12. Laugen, B.T., Acur, N., Boer, H. and Frick, J. (2005). Best manufacturing practices: what do the best-performing companies do? International Journal of Operations & Production Management 25 (2): 131-50.
    13. Mazharul.I and Azharul.K (2011), “Manufacturing Practices and Performance Comparison among SmallMedium and Large Industries”. International Journal of Quality & Reliability Management, Vol. 28 No. 1, pp. 43-61.
    14. Muda, Mohd Shaladdin and Hendry, Linda Caroline. (2002), ‘Developing a New World Class Model for Small and Medium Sized Make-To-Order Companies’. International Journal of Production Economics, Vol. 78/3, pp. 295-310.
    15. Piaw, C.Y. (2009). Statistik Penyelidikan Lanjutan: Ujian Regresi, Analisis Faktor dan Analisis Sem. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.
    16. Sekaran, U. (2005). Research Methods for Business: A Skill Building Approaches. USA: John Wiley & Sons.
    17. Qingyu Zhang, Mark A. Vonderembse Jeen-Su Lim (2003). Manufacturing Flexibility: Defining and Analyzing Relationships among Competence, Capability, and Customer Satisfaction. Journal of Operations Management, 21 (2003) 173- 191.