Kesalahan Bahasa Dalam Penulisan Karangan Murid Etnik Minoriti
List of Authors
  • Nor Azwahanum Nor Shaid, Plycia Exshonna Mat

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Sarawak mempunyai etnik minoriti dengan kepelbagaian bahasa dan budaya. Etnik-etnik minoriti ini mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa kedua kerana lingkungan kehidupan mereka hanya menggunakan bahasa pertama. Data diperoleh melalui pendekatan kualitatif dengan menggunakan analisis teks karangan dan temu bual separa berstruktur yang melibatkan seramai 7 orang murid etnik Kedayan, Memaloh, Punan, Kayan, Kenyah dan Sekapan di sebuah sekolah menengah di Bintulu. Dapatan secara keseluruhan memperlihatkan murid-murid banyak melakukan kesalahan dari aspek sintaksis iaitu ayat tergantung. Melalui data temu bual menunjukkan bahawa murid ini kerap melakukan kesalahan bahasa kerana kurangnya pengetahuan dalam aspek penulisan bahasa Melayu seperti tidak memahami konsep binaan ayat dan struktur ayat yang betul. Guru Bahasa Melayu harus memainkan peranan utama sebagai perancang pengajaran dan pembelajaran di kelas. Murid yang mempunyai asas yang kukuh dalam asas binaan ayat pastinya akan menguasai penulisan Bahasa Melayu dengan baik.

     

    The ethnic minorities in Sarawak are diverse in language and culture. However, many of them find it challenging to master a second language. This is due to their living environment where they only depend on their first language.The‘data for this research was obtained’using a qualitative approach through text analysis and semi-structural interview which involved 7 secondary school pupils in Bintulu. These pupils are from the Kedayan, Memaloh, Punan, Kayan, Kenyah and Sekapan ethnic groups. The findings show that pupils are prone to writing incomplete sentences which is a syntax error. Meanwhile, the data obtained through the interview indicates that language errors are often done due to the lack of knowledge in Bahasa Melayu essay writing which are the knowledge of sentence-building and sentence structure. To overcome this problem, Malay language teachers play an important role as a lesson planner to plan their lessons effectively. This is because pupils”who have a strong”basic in sentence-building are most likely to master the Malay language writing skill.


Reference
  • No Data Recorded