Sikap Terhadap Penggunaan Powtoon Dalam Pembelajaran: Tinjauan Ke Atas Pelajar Politeknik Kota Kinabalu
List of Authors
  • Lucian Zaratang, Norinah Garangon

Keyword
  • PowToon, pembelajaran, sikap pelajar

Abstract
  • Sejak kebelakangan ini, PowToon dilihat banyak digunakan dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada orang ramai seperti yang boleh diperhatikan di dalam television seperti penerangan mengenai perbankan, produk, COVID-19 dan lain-lain lagi. Ini disebabkan terdapat unsur animasi kartun yang menarik dan menghiburkan. Persoalan yang timbul adalah, adakah PowToon juga sesuai untuk pembelajaran? Justeru itu kajian perlu dijalankan untuk melihat tahap penggunaan dan sikap pelajar terhadap penggunaan PowToon dalam pembelajaran. Seramai 128 pelajar telah memberi maklum balas melalui borang soal selidik yang diedarkan. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan majoriti mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan PowToon dalam pembelajaran, namun masih terdapat sebilangan yang bersikap negatif terhadap penggunaan PowToon untuk pembelajaran. Reaksi daripada pelajar penting untuk menilai semula keberkesanan pengajaran menggunakan aplikasi PowToon.

Reference
  • No References Recorded