Tahap penglibatan aktiviti fizikal dan kecergasan fizikal dalam kalangan pemain bola sepak di Kapit, Sarawak
List of Authors
  • Erwin Medan , Mohd Radzani Abdul Razak

Keyword
  • tahap penglibatan, aktiviti fizikal, kecergasan fizikal, pemain bola sepak

Abstract
  • Aktiviti fizikal dan kecergasan fizikal merupakan komponen penting dalam kehidupan individu. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap aktiviti fizikal dan tahap kecergasan fizikal dalam kalangan pemain bola sepak di Kapit, Sarawak. Populasi dan sampel kajian adalah terdiri daripada pemain bola sepak di daerah Kapit dalam kategori 12 tahun. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian tinjauan iaitu kajian silang-rentas yang menggunakan borang soal selidik dan penilaian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik iaitu Physical Activity Questionnaire for Older Children (PAQ-C) dan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemain bola sepak adalah diklasifikasikan aktif dalam melakukan aktiviti fizikal iaitu 27.5% yang mana kategori kawasan yang paling tinggi aktif melakukan aktiviti fizikal adalah kawasan pedalaman berbanding kawasan luar bandar dan bandar. Dapatan BMI menunjukkan bahawa pemain bola sepak di Kapit berada dalam kategori ideal iaitu 85.0%. Dapatan kajian berkaitan dengan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan menunjukkan bahawa tahap kecergasan fizikal tertinggi adalah cergas iaitu 37.5%. Penglibatan aktiviti fizikal yang baik dan sistematik secara tidak langsung dapat mempengaruhi dan mempunyai perkaitan dengan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. Kajian ini memberi gambaran kepada semua pihak dalam merangka program yang lebih efisien dalam pembangunan bola sepak di Kapit, Sarawak.

Reference
  • 1. Blair, S.N., Kohl, H.W., & Gordon, N.F. (1992). How Much Physical Activity Is Good For Health? Annual Review of Public Health, 13, 99-126.

    2. Brownson, R.C., Chang, J.C., Davis, J.R., & Smith, C. (1991). Physical Activity on the Job and Cancer in Missouri. American Journal of Public Health, 81(5): 639-642.

    3. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2016. Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia. Retrieved from http://jpnpahang.moe.gov.my/v2/images/stories/SPA/BahanMuaturun/SEGAK2016-1.pdf

    4. Chapman, R. L. (2007). How to think about environmental studies. Journal of Philosophy of Education, 41(1), 59–74. doi:10.1111/j.1467-9752.2007.00544.x

    5. Corbin C. B. & Lindsey R. (1998). Concept Of Physical Fitness With Laboratories (6th ed.) Dubuque, Iowa: Wm. C.Brown Publisher.

    6. Emilia anak Gelau & Mohd Radzani Abdul Razak (2017). Tahap Penglibatan Pelajar Melanau Tingkatan Empat Di SMK Belawai Dalam Aktiviti Fizikal. Seminar Serantau 2017. 177-183.

    7. Erwan Ismail & Mohd Radzani Abdul Razak (2017). Tahap Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan dan Corak Aktiviti Fizikal Murid Sekolah di Gugusan FELDA. Seminar Serantau 2017, 1052-1056.

    8. Grant-Guimaraes, J., Feinstein, R., Laber, E. & Kosoy, J. (2016). Childhood Overweight and Obesity. Gastroenterology Clinics of North America,. Elsevier Inc. doi:10.1016/j.gtc.2016.07.007.

    9. Ibrahim S, Karim N.A, Oon N.L., Ngah W.Z.W. (2013). Perceived Physical Activity Barrriers To Body Weight Status.And Sociodemographic Factors Among Malaysian Men In Klang Valley. BMC Pub Health, 13: 275.

    10. Kementerian Belia dan Sukan. (1988). Dasar sukan Negara. Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

    11. Krejcie, R.V., & Morgan, D.W., (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement.

    12. Kowalski, K. C., Crocker, P. R. E., & Donen, R. M. (2004) The Physical Activity Questionnaire for Older Children (PAQ-C) and Adolescents (PAQ-A) Manual. College of Kinesiology, University of Saskatchewan, (August), 1-37. https://doi.org/Accessed on 15 August 2017.

    13. Martínez, J. L., Petranovic, D. & Nielsen, J. 2016. Heme metabolism in stress regulation and protein production: From Cinderella to a key player. Bioengineered, 7(2), 112–115. doi:10.1080/21655979.2015.1126016.

    14. Mcguire, S. (2014). Centers for Disease Control and Prevention . 2013 . Strategies to Prevent Obesity and Other Chronic Diseases : The CDC Guide to Strategies to Support Breastfeeding Mothers and Babies . Atlanta , GA : U . S . Department of Health and Human Services,2013. Advances in Nutrition, 5, 291–292. doi:10.3945/an.114.005900.

    15. Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud. (2000). Profesionalisme DalamPengurusanModul kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan(KPSK) Tahap 1, 2011. Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara( MSN).

    16. Williams, A.M. and Reilly, T.(2000), Talent Identification and Development in Soccer, Journal of Sports Sciences,18(9), 657-667.

    17. Yazzie-Mintz, E. (2007). Voices of students on engagement: A report on the 2006 high school survey of student engagement. [Electronic version ERIC document ED495758]. Bloomington,IN: Center for evaluation and education policy. Dicapai pada 02 Mac 2018 from ERIC database.