Tadabbur al-Quran menerusi aplikasi telefon pintar (mobile apps) Quran Tadabbur Digital: Kajian terhadap Surah al-Hadid
List of Authors
  • Mohd Sholeh Sheh Yusuff , Yusuf Haji-Othman

Keyword
  • Tadabbur al-Quran, Aplikasi Telefon Pintar, Quran Tadabbur Digital, Surah al-Hadid

Abstract
  • Tadabbur al-Quran adalah proses interaksi terhadap al-Quran yang bersifat universal. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya tadabbur disertakan ketika membaca al-Quran. Proses mentadabbur al-Quran boleh dilakukan dengan cara meneliti dan menghayati setiap ayat al-Quran yang dibaca termasuklah dengan menggunakan kemudahan aplikasi telefon pintar. Namun, cara penggunaan kemudahan telefon pintar oleh masyarakat pada hari ini amat membimbangkan di mana mereka lebih cenderung menghabiskan masa untuk berhibur dan kurang menjalankan kerja-kerja yang berfaedah, menghabiskan masa dengan melayari media sosial berbentuk hiburan berbanding slot agama dan wacana ilmu yang boleh menambah ilmu pengetahuan. Justeru, kajian ini bertujuan mendedahkan salah satu kaedah mentadabbur al-Quran menerusi aplikasi telefon pintar “Quran Tadabbur Digital” dengan memberi tumpuan kepada Surah al-Hadid sebagai dapatan awal dan contoh penyelidikan yang boleh dilakukan terhadap aplikasi-aplikasi dan surah-surah yang lain. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan kaedah analisis kandungan bagi mengenal pasti penggunaan aplikasi tersebut sebagai salah satu cara mentadabbur ayat-ayat suci al-Quran. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa kaedah tadabbur yang digunakan menerusi aplikasi ini hanya menyentuh makna zahir ayat, dan tidak menyentuh perbahasan yang terlalu mendalam. Hal ini bertepatan dengan tujuan aplikasi ini dibuat iaitu memberikan maklumat dan kefahaman ringkas kepada masyarakat yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti mentadabbur ayat suci al-Quran. Oleh itu, penggunaan aplikasi telefon pintar “Quran Tadabbur Digital” sebagai salah satu cara dalam mentadabbur ayat-ayat suci al-Quran adalah digalakkan demi memanfaatkan penggunaan telefon pintar dengan sebaiknya pada masa kini.

Reference
  • 1. Ab. Halim T., & Zarin, I (2006), Hubungan Media Massa Dengan Pegangan Akhlak dan Pengajaran Pendidikan Islam: Satu Kajian Remaja di Sabak Bernam, Prosiding Wacana Pendidikan Islam siri ke-5; 1-8. Bangi: UKM.

    2. Abas Asyafah (2014), The Method of Tadabur Qur’an: What Are the Student Views? International Education Studies, Canadian Center of Science and Education, Vol.7, No. 6, h.98-105.

    3. Abul ‘Ala al-Maudui, Tafhim al-Quran (The Meaning of the Quran), http://www.englishtafsir.com/quran/57/index.html, 25 Februari 2019.

    4. Ibn Kathir, ‘Imad al-Din, Abu al-Fida’ Isma‘il al-Qurashiyi al-Dimashqi (2002), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim,j.1, Kaherah: Dar al-Hadith.

    5. Ibn Manzur (t.t), Lisan al-Arab, j.2, Kaherah: Darul Ma’arif.

    6. Ishak Abdul Manaf et.al (2017), The Concept of Tadabbur and the Impacts of the 5 Minutes Program with al-Quran: A Case Study among Students Teachers in IPG KSAH, Tinta Artrikulasi Membina Ummah, 3(1).

    7. Khalid Ibn ’Abd al-Karim al-Lahim (2004), 10 Mafatih Tadabbur al-Quran wa al-Najah Fi al-Hayah, Riyadh: Maktabah Malik al-Fahd.

    8. Mawaddah Abdullah & Abdullah Sulong (2008), Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar, Disertasi Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan, Universiti Teknologi Mara.

    9. Monika@Munirah Abd Razzak (2016), Aplikasi Media Dalam Mentadabbur Al-Quran: Kajian Surah Al-Ikhlas Oleh Nouman Ali Khan Dalam Tadabbur al-Quran Isu dan Cabaran Semasa, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    10. Musa’id bin Sulaiman bin Nasir al-Tayyar (2006) Mafhum al-Tafsir wa al-Takwil wa al-Istinbat wa al-Tadabbur wa al-Mufassir, cet.2, Riyad: Dar Ibn al-Jawzi.

    11. Nurul Zakirah Mat Sin & Zulkifli Mohd Yusoff (2012), Konsep Tadabbur: Suatu Kupasan, International Seminar on al-Quran in Contemporary Science (SQ2012), Kuala Terengganu: UNISZA.

    12. Solah Husin Al-Ayiid (2009), Cara Mentadabbur Al-Quran, Riyad, Arab Saudi: Maktabah Malik Fahd.

    13. Wan Norina W.H., Zaharah, H., Ahmad, F. Mohamed,Y., & Ahmad Arifin, (2013), Pengaruh Media Massa Terhadap Penampilan Akhlak Pelajar Islam Politeknik Malaysia, The Online Journal of Islamic Education, Januari 2013, Vol.1, Issue 1.