Simbolisme dalam filem animasi malaysia berdasarkan pendekatan semiotik
List of Authors
  • Addley Bromeo Bianus , Imelda Ann Achin

Keyword
  • filem animasi Malaysia, simbolisme, metafora visual

Abstract
  • Pemberian perlambangan di dalam sesebuah karya bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah dilakukan sejak zaman Paleolitik apabila manusia mula mencipta siri-siri lakaran yang membawakan penceritaan tersirat. Proses memahami makna sesuatu mesej yang disampaikan di dalam sesebuah animasi adalah sesuatu proses yang kompleks kerana ia memerlukan usaha untuk memahami mesej yang ingin disampaikan. Pemahaman sesuatu mesej yang disampaikan adalah penting kerana kandungan animasi berkemampuan di dalam meninggalkan kesan pelbagai kepada audiens sama ada dalam bentuk positif mahupun negatif. Justeru, kajian ini meneliti simbolisme dalam filem animasi 3D pertama Malaysia, Seefood. Ia bertujuan menganalisis simbolisme watak haiwan sebagai metafora visual dalam filem animasi Malaysia. Makalah ini disandarkan kepada penyelidikan berasaskan teori Semiotik Saussare (1916) dalam menganalisis data. Melalui kajian ini mendapati bahawa factor budaya, pengetahuan mengenai mitos, kepercayaan dan perbezaan sosial merupakan aspek utama dalam penerapan simbolisme pembentukan watak dalam filem animasi Seefood. Ini menjadikan watak lebih mudah menarik perhatian audiens kerana wujudnya pemahaman terhadap perwakilan budaya sosial yang cukup sinonim di kalangan audiens.

Reference
  • 1. Bordwell, David & Thompson, Kristin.(ed).(2012.) Film Art: An Introduction. New York : McGraw-Hill Companies, Inc

    2. Clarke, James. (2007). Animated Films. Britain: Virgin Books Ltd.

    3. Eisenberg, N & Strayer, J. (1987.) Empathy and Its Development. New York: Cambridge University Press

    4. Gauter, Dick. (1988). The Humor of Cartoon. New York: A Pegrige Book

    5. Jardim, T. J. (2011). Anthropomorphic Character Design in Animation and Sequential Art: The Symbolic Use of The Animal To Portray Personality. South Africa: University of Witwatersrand

    6. Jardim, T.J. (2013). Animals as Character: Anthropomorphism as Personality in Animation. Johannesburg: University of Witwatersrand

    7. Sfetcu, N. (2014). Animation and Cartoons. Amerika Syarikat: Sfetcu Nicolae Kobo

    8. Wands, Bruce. (2002). Digital Creativity: Technique for Digital Media and the Internet. Dubai: John Wiley & Sons

    9. Watkins, Adam. (2001). 3D Animation: From Models to Movies. Amerika Syarikat: Charles River Media

    10. Wells, Paul. (1998). Art and Animation. United Kingdom: Academy Editions

    11. Wells, Paul. (2001). Understanding Animation. Amerika Syarikat: Rutgers University Press

    12. Wells, Paul. (2002). Animation: Genre and Authorship. Great Britain: Wallflower Press

    13. Wells, Paul.(2006). The Fundamental of Animation. New York: Watson-Guptill Publications

    14. Wells, Pauls. (2009.) The Animated Bestiary; Animals, Cartoons, and Culture. Amerika Syarikat: Rutgers University Press

    15. Williams, Robert. (2009). The Animator’s Survival Kit: Expanded Edition. London: Faber and Faber Limited

    16. Klimley, A. P & Ainley, David G. (1998). Great White Sharks: The Biology of Carcharodon Carcharias. United Kingdom : Academic Press

    17. Thomas F. & Johnston O.(ed).(1995). The Illusion of Life: Disney Animation. Amerika Syarikat: Hyperion. Walt Disney Production