Aksesibiliti surau di dalam pusat membeli-belah sebagai sebuah pusat ibadat Islam
List of Authors
  • Shah Rizal , Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin

Keyword
  • Surau, pusat membeli-belah, pusat ibadat Islam, masjid, fasiliti

Abstract
  • Surau dilihat tidak setaraf masjid walaupun memiliki fungsi yang sama seperti masjid sebagai pusat ibadat, serta terbahagi kepada dua jenis iaitu surau sebagai sebuah bangunan seperti masjid atau sebagai sebuah bilik dan ruang solat. Surau tidak memiliki tipologi seni bina yang jelas yang menyebabkan kepelbagaian reka bentuk terhasil, serta berada di pelbagai aras dan lokasi terutama bagi surau di dalam bangunan awam seperti pusat membeli-belah. Pusat ibadat Islam haruslah memiliki kadar aksesibiliti sejagat untuk memudahkannya dikunjungi semua golongan terutama golongan kurang upaya, wanita, dan warga emas. Objektif kajian ini adalah untuk menyelidik kadar aksesibiliti surau di dalam pusat membeli-belah sebagai sebuah pusat ibadat Islam. Skop kajian yang dipilih adalah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang merupakan ibu negara Malaysia, sebagai sebuah pusat bandar dan pusat tumpuan pelancong di dalam dan di luar negara. 18 buah pusat membeli-belah dengan jumlah 42 buah surau dipilih di dalam kawasan skop kajian bagi tujuan pemerhatian. Dapatan kajian merekodkan pusat membeli-belah di Kuala Lumpur dibina dengan ketinggian 3 sehingga 12 tingkat dengan fasiliti surau pula dibina dipelbagai aras dari aras bawah tanah 3 sehingga aras ruang niaga di aras 8. Hanya 10% surau dibina di aras tanah manakala 57% pula dibina lebih tinggi dari aras tanah dan 33% pula dibina dibawah aras tanah. Seterusnya, surau di pusat membeli-belah tidak sepenuhnya menepati kehendak garis panduan dalam penyediaan fasiliti yang baik serta mudah diakses untuk semua golongan terutama golongan OKU, wanita, dan warga emas. 9 elemen aksesibilti yang dikaji iaitu kadar aksesibiliti, laluan akses, aras, di tengah bangunan, dekat pusat tumpuan awam, tidak tersorok dan terhalang, mudah dikunjungi, laluan masuk lelaki dan wanita berasingan, dan laluan OKU membuktikan surau di pusat membeli-belah tidak sepenuhnya direka bentuk untuk menerima semua jenis pengunjung.

Reference
  • 1. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Akta 505. (1993). Diambil dari http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/Federal_Updated.nsf/b3 ac9c218c8efdc4482568310022d8b3/938ea6c8aaeafd78482571fe0011dedd?OpenDocument.
    2. Alaa Bashiti dan Asiah Abdul Rahim. (2015). A Study On The Accessibility In Shopping Malls For People With Disabilities (Pwds) In Malaysia. Diambil dari http://www.conscientiabeam.com/pdf-files/eng/63/2nd%20ISCASE-419-IJNSR-2015-3(1)-9-20.pdf
    3. Asiah Abdul Rahim dan Nur Amirah Abd Samad. (2014). Universal Design from Islamic Perspective: Malaysian Masjid. Diambil dari https://www.researchgate.net/publication/327582299_Universal_Design_from_Islamic_Perspective_Malaysian_Masjid
    4. Department of Standards Malaysia. (2014). Malaysian Standard. MS 1184:2014. Universal design and accessibility in the built environment - Code of practice (Second revision). Cyerjaya: Department of Standards Malaysia
    5. Department of Statistics Malaysia. (2011). Population Distribution and Basic Demographic Characteristic Report 2010. Diambil dari https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=117&bul_id=MDMxdHZjW Tk1SjFzTzNkRXYzcVZjdz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09
    6. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (2008). Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020. Diambil dari http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/
    7. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (2015). GPP19 - Keperluan Kemudahan Awam dalam Pembangunan Bukan Kediaman. Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
    8. Hazreena Hussein dan Naziaty Mohd Yaacob. (2012). Development of Accessible Design in Malaysia. Diambil dari https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.12.212
    9. Hikmah Kamarudin, Nor Ariff, Wan Zuriea Wan Ismail, Aidatul Bakri dan Zarina Ithnin. (2014). Malaysian Scenario on Access and Facilities for Persons with Disabilities: A Literature Review. MATEC Web of Conferences. 15. 10.1051/matecconf/20141501019.
    10. Irwan Mohd Subri, Hasanah Abd Khafidz dan Mohd Hapiz Mahaiyadin (2014). Iktikaf di Surau: Kajian Terhadap Keputusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan. Journal of Fatwa Management and Research, Vol. 3, pp. 7-30.
    11. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. (2018). Direktori Masjid Zon. Diambil dari http://www.jawi.gov.my/my/perkhidmatan-masjid-surau/direktori-masjid-zon?bhgnid=Masjid%20Dan%20Surau%20Zon%203&hash=2c5b9c974b3036cb471d27e2cc93d7e6
    12. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor. (2017). Manual Garis Panduan & Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Ketiga). Shah Alam, Selangor: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
    13. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. (1997). Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Sejagat. Kuala Lumpur, Malaysia: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.
    14. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. (2011). GP008-A Garis Panduan Perancangan Masjid dan Surau. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    15. Nynas, P. Spatiality, Practice and Meaning. (2009). In Bergmann, S. (Ed.), Theology in Built Environments: Exploring Religion, Architecture, and Design (pp 131-150). 1st Edition. New Jersey: Transaction Publishers
    16. Portal Data Terbuka Malaysia. (2017). Data Penduduk Wilayah Persekutuan Mengikut Agama. Diambil dari http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/data-penduduk- wilayah-persekutuan-mengikut-agama/resource/e52b1112-43a8-4397-ae9e-2b491a945806
    17. Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara. (2011). Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah (Unique Parcel identifier – UPI). Putrajaya: Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar.
    18. Rosniza Othman (2011) Mihrab design and ornamentation of selected mosques in Malaysia (Tesis Doktor Falsafah). Diambil dari http://studentsrepo.um.edu.my/3345/
    19. Shahir Sa’min. (2015). Solat Sunat Tahiyatul Masjid di Surau. Diambil dari http://muis.org.my/2015/02/solat-sunat-tahiyatul-masjid-di-surau/
    20. Surau. (2018 ). Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka. Diambil dari http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=surau Syazwani Abdul Kadir dan Mariam Jamaludin. (2011). Applicability of Malaysian Standards and Universal Design in Public Buildings in Putrajaya. Diambil dari https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.03.072
    21. Syazwani Abdul Kadir, Mariam Jamaludin dan Asiah Abdul Rahim. (2011). Building Managers’ Perception in Regards to Accessibility and Universal Design Implementation in Public Buildings: Putrajaya case studies. Diambil dari https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.02.071
    22. Tajuddin, M. (1998). The Mosque as a Community Development Centre: Programme and Architectural Design Guidelines for Contemporary Muslim Societies. Skudai, Johor: Penerbit Teknologi Malaysia
    23. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2016). Irsyad al-fatwa siri ke-103: Hukum menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid di surau diri Jumaat. Diambil dari http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2539-irsyad-al-fatwa-siri-ke-103-hukum-menunaikan-solat-sunat-tahiyyatul-masjid-di-surau-diri-jumaat