Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian
List of Authors
  • Shirley Tang

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Rakan sebaya merupakan individu yang berkait rapat dengan setiap orang murid. Dalam proses pembelajaran, rakan sebaya memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi motivasi belajar seseorang individu. Motivasi belajar memainkan peranan yang sangat penting dalam prestasi akademik murid-murid. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengaruh rakan sebaya dan tahap motivasi belajar dalam kalangan murid- murid tahap 2 di sebuah sekolah rendah di daerah Pontian, Johor. Kajian ini juga ingin mengenalpasti hubungan antara pengaruh rakan sebaya dan motivasi belajar murid-murid. Sebanyak 150 orang responden kajian telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian ini. Soal selidik yang diedarkan merangkumi item-item tentang tahap pengaruh rakan sebaya yang diadaptasikan daripada Inventory of Parent and Peer Attachment (IPPA) dan tahap motivasi belajar yang diadaptasikan daripada Inventory of School Motivation (ISM). Data-data ini telah dianalisis secara deskriptif untuk mengenalpasti tahap pengaruh rakan sebaya dan tahap motivasi belajar serta dianalisis secara inferensi untuk melihat hubungan antara dua pembolehubah dengan menggunakan perisian Program Statistical Package for The Social Science SPSS 11.5 For Window. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengaruh rakan sebaya (M=3.51, SD=1.334) dan tahap motivasi belajar (M=3.43, SD=1.274) adalah pada tahap sederhana. Hubungan antara pengaruh rakan sebaya dan motivasi belajar murid-murid sekolah rendah adalah sederhana dan positif (r=.323, p=.000). Implikasi kajian ini menyerlahkan keperluan untuk membangunkan program sokongan yang bersesuaian dengan tahap kefahaman dan kesediaan pelajar. Kajian lanjutan disyorkan untuk mendalami lagi pemahaman tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kedua-dua pembolehubah ini, serta menilai kesan jangka panjang interaksi rakan sebaya terhadap motivasi pembelajaran pelajar.

     


Reference
  • No Data Recorded