Prinsip Etika Dan Implementasinya Dalam Pentadbiran Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)
List of Authors
  • Khairiah Mohd Yassin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Lembaga Zakat Negeri Kedah merupakan sebuah institusi zakat yang mengendalikan segala bentuk kutipan dan agihan zakat. Institusi ini cukup unik kerana secara amalannya berlaku pengasingan kuasa sama ada daripada pentadbiran di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah mahupun Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Pengasingan kuasa tersebut merupakan titah perkenan daripada Ketua Tertinggi Agama Islam di Kedah iaitu Yang Mulia Paduka Sultan Kedah. Sebagai sebuah institusi Islam yang mempunyai kuasanya yang tersendiri, LZNK turut berdepan dengan pelbagai isu integriti seperti karenah birokrasi, ketidaktelusan serta ketidakcekapan dalam pentadbiran dan pelaksanaan prosedur operasi standard sama ada ketika membuat proses kutipan mahupun pengagihan wang zakat. Justeru, kajian ini dilaksanakan dalam usaha mengkaji konsep dan prinsip etika dalam pentadbiran, serta meneliti falsafah etika dalam pentadbiran terkhas di LZNK. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kajian kepustakaan dalam kaedah pengumpulan data dengan menumpukan kepada kertas kerja serta laporan membabitkan sejarah pentadbiran dan pengurusan LZNK. Kaedah analisis data pula mengimplemenkan analisis tekstual deskriptif terhadap data dan fakta berkaitan. Dapatan awal kajian memperolehi bahawa falsafah etika di dalam pentadbiran LZNK menekankan prinsip patuh syariah serta melaksanakan sebuah tadbir urus yang baik. Namun gerak kerja dalam pentadbiran LZNK perlu diperhalusi semula dan ditambahbaik dari semasa ke semasa bagi melancarkan proses pengurusan zakat di seluruh Kedah. Implikasi kajian ini dinilai memberi impak tinggi terhadap pemantapan proses pentadbiran dan pengurusan LZNK berasaskan etika Islam yang sebenar sehingga dapat dijadikan rujukan dan panduan penting kepada institusi zakat yang lain merentasi sempadan negeri mahupun negara.


Reference
  • No Data Recorded