Unsur Sastera Melayu dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Rendah Melahirkan Murid Berfikiran Kritis
List of Authors
  • Abdul Halim Ali, Ros Mohamed

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Abstrak

    Matlamat penerapan unsur sastera pada peringkat awal ialah untuk mengukuhkan pengajaran bahasa, menyemai sikap minat membaca dan menekankan nilai-nilai murni yang diperolehi daripada karya-karya yang dibaca. Namun bermula 2011, pengenalan Kurukulum Standard Sekolah Rendah maka unsur sastera digunakan secara meluas dalam mata pelajaran lain pada peringkat sekolah rendah di Malaysia. Bagi memanfaatkan peranan dan pengarauh sastera tersebut, puisi dan lagu kanak-kanak banyak diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penerapan unsur sastera dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah boleh mengasah bakat murid dalam bidang akademik melalui pembelajaran mengapresiasi puisi bahkan dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan imaginatif  murid bagi menyelesaikan masalah dengan cara baru untuk masa hadapan. Untuk merealisasikan tujuan penulisan makalah ini maka domain kognitif Anderson & Krathwohl semakan 2001 diaplikasikan dalam mengemukakan hasil dapatan.

    Kata kunci: unsur sastera, domain kognitif, puisi kanak-kanak, sekolah rendah

     

    Abstract

    The goal of the application of literary elements at an early stage is to strengthen language teaching, instill an interest in reading and emphasize the noble values ​​derived from the works read. However, starting in 2011, the introduction of the Standard Primary School Curriculum then the literary element is widely used in other subjects at the primary school level in Malaysia. To take advantage of the role and influence of literature, children's poetry and songs are widely applied in teaching and learning. The application of literary elements in teaching and learning in primary schools can hone students 'talents in academics through learning to appreciate poetry and can even improve students' critical and imaginative thinking skills to solve problems in new ways for the future. To realize the purpose of writing this paper, the cognitive domain of Anderson & Krathwohl revision 2001 is applied in presenting the findings.

    Keywords: literary elements, cognitive domain, children’s poetry, primary school


Reference
  • No Data Recorded