Kompetensi Guru Bahasa Melayu Di Sekolah Swasta Dalam Menggunakan Teknologi Digital Dalam Pengajaran Komsas
List of Authors
  • Sarvinthanraj Subramaniam

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah merupakan salah satu daripada tujuh teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM. Sistem pendidikan negara semakin menerajui pembelajaran digital selepas dunia dilanda wabak COVID-19. Kaedah PdP berasaskan teknologi lebih digemari pelajar kini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kompetensi guru Bahasa Melayu di sekolah swasta dalam menggunakan teknologi digital dalam pembelajaran KOMSAS. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini. Data telah dikumpulkan melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah-sekolah Wesley Se-Malaysia. Analisis deskriptif dan kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 27.0. Kajian ini telah menggunakan analisis min, sisihan piawai serta Anova Sehala untuk mencapai hasil kajian yang telah digariskan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kompetensi guru Bahasa Melayu di sekolah swasta dalam menggunakan teknologi digital dalam pembelajaran KOMSAS adalah positif dan guru mahir dan berpengetahuan dalam menggunakan teknologi digital dalam pembelajaran KOMSAS.


Reference
  • No Data Recorded