Penggunaan aplikasi web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) di politeknik
List of Authors
  • Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff , Nor Khayati Basir , Wan Norina Wan Hamat

Keyword
  • Portal pembelajaran, aplikasi web 2.0, penilaian kebolehgunaan

Abstract
  • Penggunaan Web 2.0 dalam pendidikan semakin berkembang dengan adanya kepelbagaian aplikasi Web 2.0 yang disediakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk portal pembelajaran bagi kursus dibawah mata pelajaran umum (MPU) iaitu Kursus Komunikasi dan Penyiaran Islam (DUA6022) Politeknik Malaysia. Portal ini menggabungjalin aplikasi-aplikasi Web 2.0 untuk menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna. Proses pembangunan portal pembelajaran ini diadaptasi dari model reka bentuk pengajaran Model ADDIE yang mengandungi lima fasa iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian. Selain itu, teori pembelajaran turut diterapkan iaitu teori konstruktivisme, behavorisme dan kognitivisme. Bagi menilai kebolehgunaan portal pembelajaran ini, kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik telah digunakan untuk menilai aspek bentuk antara muka, organisasi kandungan, multimedia, dan kemudahgunaan portal. Seramai 54 orang pelajar terlibat dalam menilai kebolehgunaan portal. Data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (IBM SPSS Statistics 20.0). Hasil dapatan kajian ini menunjukkan keempat-empat aspek yang dinilai berjaya diterapkan di dalam portal yang telah dibangunkan, ini berdasarkan kepada purata min bagi setiap aspek mencapai pada tahap yang tinggi (min > 4.32). Kesimpulannya bahawa pembangunan portal pembelajaran ini berjaya dibangunkan dan dapat dikatakan telah melepasi tahap standard piawaian pembangunan sesebuah sistem pembelajaran. Oleh itu, portal yang dibangunkan ini boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Komunikasi dan Penyiaran Islam (DUA6022) di Politeknik Malaysia.

Reference
  • 1. Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff, Mohd Isa Hamzah & Wan Norina Wan Hamat. (2014). Pembangunan Perisian Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia Interaktif pengurusan Jenazah Politeknik Malaysia. The Online Journal of Islamic Education. 2(2): 11-25.
    2. Ahmad Zamzuri Mohamad Ali. (2018). Multimedia dan Perisian Pendidikan Panduan Praktikal Reka Bentuk dan Penyelidikan. Tanjong Malim. UPSI.
    3. Aliff Nawi dan Gamal Abdul Nasir Zakaria. (2016). Pembangunan dan Penilaian Portal iPBL Politeknik Brunei. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication. 32(1) 2016: 261-285.
    4. Azizi Yahaya (2009). Aplikasi kognitif dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
    5. Branch, R.M. (2009). Instructional design: The ADDIE approach. Springer Science and Business Media.
    6. Doyle. M.. (2007). Learning language through information technology. Educational Technology. 30 (7).
    7. Gustafson, K.L. & Branch, R. M. (2001). Survey of Instructional Development Models. New York: ERIC Clearinghouse on Information & Technology.
    8. Hamdan, A., Din, R., Abdul-Manaf, S.Z., Mat-Salleh, N.S, Kamsin, I.F., Norman, H., Ismail, N.M., dan Mohamad-Zaid, A.S. (2013). Kelebihan dan Kekurangan Teknologi Web 2.0 dalam Model Integrasi E-Latihan Bermakna (I-MeT) dalam Kalangan Pelajar. 4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization UKM-UNIMED 9 – 10 December 2013, pp.1-10
    9. Hasnah Bt. Yusuf. (2006). Pembangunan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah “Tokoh Mazhab”. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    10. J. Pallant. (2007). SPSS Survival Manual, 3rd Edition, Crows West, New South Wales.
    11. Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
    12. Johan @ Eddy Luaran. (2013). Pengintegrasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sejarah dan Geografi. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013).
    13. Lay Ah Nam. (2017). Pembangunan dan keberkesanan Modul Mykimdg Terhadap Pencapaian dalam Topik Garam Kemahiran Abad ke-21 dan Motivasi Kimia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
    14. Maimun Aqsha Lubis & Md Yusoff Daud. (2011). Pembelajaran Yang Inovatif Berbantukan ICT dalam Modul P&P Pendidikan Islam Di Bilik Darjah. Seminar International Politeknik Medan.
    15. Mohamed Amin Embi. (2011). Aplikasi Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    16. McKillip, J. (1987). Need Analysis: Tools for the Human Service and Education. Applied Social Research Methods Series, Volume 10. Sage Publications: Thousand Oaks, CA.
    17. Megat Aman Zahiri Megat Zakaria & Norliah Saman. (2005). Pembangunan dan penilian perisian berbantukan komputer bertajuk Promosi menggunakan elemen motivasi ARCS. Prosiding 3rd international seminar on learning and motivation. Universiti Utara Malaysia.
    18. Mohamed Amin Embi. (2012). Aplikasi Rangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    19. Mohamed Amin Embi. (2013). Web 2.0 Interactive Tools: A Quick Guide. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    20. Mohd Aliff Mohd Nawi, Ezad Araai Jamsani, Adibah Sulaiman & Mohd Isa Hamzah. (2013). Development and Evaluation of ning social network for teaching training online surveillance. Turkish Online Journal of Distance Education. 14 (1):245-255.
    21. Norfadilah K. (2010). Challenges of Malaysian developers in creating good interfaces for interactive courseware. Turkish online journal of educational technology, 9(1), 37-42.
    22. Norman, D. a. (2005). Emotional Design: Why We Love (Or Hate) Everyday Things. New York, NY: Basic Book.
    23. Peters, D. (2014). Interface desing for learning: Desing Strategies for learning experiences. USA: New Riders & Pearson.
    24. Reiser, R.A & Dempsey, J.V. (2007). Trends and Issues in Instructional Desing and Technology (2nd Edition). Upper Saddle River, New Jersey: Merill Prentice Hall.
    25. Rosnani Jusoh dan Nor Mashila Idris. (2017). Kajian Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Teknologi Kursus Pengurusan Perniagaan di Kolej Vokasional. International Research Journal of Education and Sciences (IRJES). Vol.1 Special Issue. Hlm 71-82.
    26. Rosseni Din. (2014). Pembinaan & Permodelan Sistem Pengajaran. Bangi. Penerbit UKM Skinner, B.F. (1954). The Science of Learning and the Art of Teaching. Harvard Educational Review. 24(2).
    27. Tengku Norhayati Tengku Othman. (2015). Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam di Negeri Selangor. Tesis Sarjana: UKM.
    28. Wan Mohd Hujjatullah Wan Ghazali. (2001). Pembangunan Laman Web Untuk Program Pendidikan Islam. Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, UKM.
    29. Zakaria. (2014). Pendekatan Konstruktif Dalam Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Kolej Vokasional. Disertasi Sarjana. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
    30. Zamri Mohammod & Mohamed Amin. (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
    31. Zuhri Arafah Zulkifli & Zawiyah M. Yusof. (2013). Tingkah Laku penggunaan Facebook Group bagi Perkongsian Pengetahuan dalam Pembelajaran. Kertas kerja dibentangkan di World Conference on Intergration of Knowledge (WCIK), di Langkawi, Malaysia pada 25-26 November 2013.