Meneroka Kefahaman Guru Mengenai KBAT Dan Amalan Penyoalan Guru Pada Tiga Fasa Pembelajaran
List of Authors
  • Nik Rozialnida Nik Lah, Shahlan Surat

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian berbentuk kulitatif ini dijalankan bagi meneroka bagaimana kefahaman guru mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan bagaimana amalan guru dalam melakukanpenyoalan pada tiga fasa pembelajaran iaitu pada permulaan, perkembangan dan pengakhiran pembelajaran. Seramai enam orang guru sekolah rendah bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran Sains telah dipilih sebagai peserta kajian ini. Tiga kaedah telah digunakan bagi mengumpul data yang diperlukan iaitu dengan melakukan temubual bersama peserta kajian, melakukan pemerhatian dan menyemak dokumen sokongan iaitu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) peserta kajian yang terlibat. Data yang diperoleh menunjukkan bahawa pengetahuan KBAT para peserta adalah terbatas. Data ini dibuktikan lagi apabila para peserta mengakui bahawa mereka amat memerlukan maklumat dan kursus berkaitan KBAT bagi menambah pengetahuan dan kefahaman KBAT dalam usaha untuk melaksanakan KBAT dalam pembelajaran di bilik darjah dengan sepenuhnya. Walaubagaimanapun, di sebalik keterbatasan kefahaman mengenai KBAT, mereka berjaya mengaplikasinya dalam pembelajaran. Terdapat tiga keterbatasan dalam menjalankan kajian ini iaitu kekangan masa untuk melakukan temubual memandangkan pengkaji hanya berpeluang menemubual peserta dalam waktu yang sekejap sahaja. Keterbatasan dari segi pemerhatian pula adalah peserta kajian kurang merasa selesa apabila pengkaji memerhati sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Keterbatasan terakhir adalah Rancangan Pengajaran Harian yang ditulis adalah ringkas. Ini menyebabkan perancangan teknik penyoalan guru semasa proses pembelajaran berlangsung tidak dapat dilihat secara jelas.

     

    Kata kunci: KBAT, Rancangan Pengajaran Harian, teknik penyoalan, kesediaan KBAT guru

     

    Abstract: This qualitative research was conducted to study the teachers’ knowledge on Higher Order Thinking Skills (HOTS) and how they practice the questioning techniques by the three stages in the lesson, which is in the beginning, on the development and at the end of the lesson. There are six non-options primary teachers who teaches Sciences were chosen as the participant. The three methods used in collecting the needed data are by conducting an interview with the participants, observing the lesson conducted in the classroom and examined the lesson plan. From the data collected shows that the participants had limited knowledge about HOTS. It can be proved when they admitted that they really want for the more information and courses regarding HOTS for them to understand more about HOTS and to implement HOTS in their classroom lesson in the right way. However, despite their limited HOTS’ understanding, they managed to implement it in their lesson well. There are three limitations in conducting this research which are the time constraints where the researcher only managed to run the interview in a short time. The limitation in the classroom observation occurred when the participants felt quite uncomfortable since the researcher were there in the classroom. The last limitation is the lesson plan has been written briefly. It makes it difficult for the researcher to see the participants’ plan on the questioning that are they going to use.

     

    Keywords: HOTS, lesson plan, questioning techniques, teachers’ readiness on HOTS


Reference
  • No Data Recorded