Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu corak penilaian yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menggantikan pembelajaran berorientasikan peperiksaan di sekolah rendah. Ini kerana, pelaksanaan PBD dapat membantu guru menilai tahap penguasaan murid secara keseluruhan. Tujuan penulisan ini adalah untuk membincangkan sejauh mana kesediaan guru dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah. Isu kesediaan guru dalam pelaksanaan PBD telah dikupas dalam penulisan ini yang menekankan tahap pengetahuan dan tahap kemahiran. Di dapati, tahap kesediaan guru berada dalam tahap yang tinggi bagi pelaksanaan PBD. Namun begitu, kajian yang lepas hanya mengkaji berkaitan mata pelajaran teras sahaja. Justeru itu,dicadangkan lebih banyak lagi kajian dibuat dan tertumpu kepada mata pelajaran elektif agar keseimbangan pelaksanaan PBD dapat dilihat. Kesimpulannya pelaksanaan PBD harus dititik beratkan untuk semua mata pelajaran.
Kata kunci: pentaksiran bilik darjah, tahap kesediaan, sekolah rendah