Mengkaji tahap penerimaan pengguna terhadap ketapang seeds daripada terminalia cattapa (biji ketapang) melalui ujian organoleptik dan kajian kandungan nutrisi anda
List of Authors
  • Esfahanim Dolfatah , Normala Sulaiman

Keyword
  • Ketapang, Kacang Rendah lemak, Snek Rendah Lemak

Abstract
  • Terminalia Cattapa atau dikenali sebagai Pokok Ketapang banyak tumbuh di sepanjang persisiran pantai di Malaysia. Kebanyakan pokok yang ditanam pula hanya digunakan sebagai bahan lanskap atas faktor fizikal pokok yang rendang dan teduh. Pokok ketapang menghasilkan bunga dan buah sepanjang tahun dan ianya dianggap sebagai sampah dan tiada nilai. Dalam kajian ini, penyelidik mengkaji tahap penerimaan pengguna terhadap kacang daripada biji ketapang melalui ujian organoleptik dan melihat kandungan nutrisi yang terkandung di dalam snek kacang yang dihasilkan. Seramai 30 orang responden daripada komuniti Politeknik Merlimau, Melaka dipilih secara rawak bagi menjalankan ujian organoleptik menggunakan skala hedonik dan ianya dianalisis menggunakan data Sains Sosial Pakej Statistik (SPSS) versi 24 untuk memperolehi kekerapan dan nilai min bagi menilai rasa, bau, tekstur. Hasil ujian organoleptik kajian ini menunjukkan skor nilaian min secara keseluruhan bagi penerimaan produk adalah 4.72, dengan nilaian min 4.70 bagi rasa, 4.73 bagi tekstur dan 4.73 bagi bau dan menunjukkan ianya sangat diterima di kalangan responden. Hasil analisis nutrisi juga menunjukkan produk ini juga tinggi dengan nilaian protein dan tenaga, iaitu 21.02 g, 338 kcal. Kandungan lemak juga adalah lebih rendah 2.2g untuk setiap 100g Ketapang Seeds mempunyai 96.3 % lebih rendah lemak berbanding nilaian lemak pada kekacang lain yang ada dipasaran.

Reference
  • 1. Karen E.D, Lisa M. (2010). Nutrition for Foodservice and Culinary Proffesional. New Jessey: John Wiley & Son.

    2. Konting, M. M. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Siri Pendidikan .

    3. Meilgaard, M. C. (1999). Sensory Evaluation Techniques. Boca Raton: CRC Press.

    4. Noorsyarzielah. (2013). Kesedaran Terhadap Amalan Pemakanan Seimbang Dalam Kalangan Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

    5. Wiersma, W. (1991). Research Method in Education: An Introduction., National Library of Australia .

    6. Anim,H (2012). Pokok Ketapang. Retrieved from http://animhosnan/2012/04/pokok-ketapang.html

    7. Darilyn Campbell FalckMD. 2000. The intravenous use of coconut water. Retrieved from https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0735675700900627

    8. Gemma,B. 2016. Nut:Sources of energy and macronutrients. Retrieved from https://www.cambridge.org/article/pii/S0007114506003552

    9. Muhammad Wa’iz. 2000. Makanan Ringan: Naluri rebel kurangkan pengambilanya. Retrieved from https://hellodoktor.com/gaya-hidup-sihat/pemakanan/makanan-ringan

    10. Sagusman.2013.Pengujian Organoleptik. Retrieved from https://www.unimus .uji-organoleptik-produk pagan.pdf

    11. Sakini,M.S. 2020. Trend obesiti di Malaysia menggerunkan . Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/702978