Abstrak: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan adalah norma baharu kepada masyarakat Malaysia pada abad ke-21 ini. Pelaksanaannya dijangka memberi impak yang mendalam kepada keseluruhan komuniti setempat. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesihatan mental kakitangan dan pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Bilangan sampel kakitangan dan sampel pelajar adalah seramai 66 orang dan 230 orang. Kajian tinjauan ini dijalankan dalam talian dari 18 Mac 2020 sehingga 20 April 2020. Borang ujian Depression, Anxiety, Stress Scales (DASS) dihantar kepada setiap sampel melalui media sosial. Data dianalisis secara deskriptif dengan frekuensi dan peratusan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat kakitangan yang menghadapi tahap emosi yang tidak memuaskan (depresi-1 orang; anzieti-1 orang; stres-1 orang). Terdapat juga pelajar yang menghadapi tahap emosi yang tidak memuaskan (depresi-14 orang; anzieti-31 orang; stres-11 orang). Pihak pentadbiran dan Unit Psikologi & Kaunseling perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu kakitangan dan pelajar dalam kampus.
Abstract: Movement Control Order is a new norm for Malaysian in 21st century. Its implementation may have deep impact to the local community. This study was conducted to identify mental health of the staffs and students in Institute of Teacher Education (Pendidikan Islam Campus) in the period of Movement Control Order. The staffs sample and students sample were 66 and 230 respectively. The survey was conducted online from 18 March 2020 till 20 April 2020. The DASS test (Depression, Anxiety, Stress Scales) was sent to sample using media social. The data was analysed descriptively with frequency and percentage. Results showed that the mental health of the staffs was not satisfactory (depression-1 person; anxiety-1 person; stress-1 person). The students sample also showed the same trends (depression-14 person; anxiety-31 person; stress-11 person). The administrator and the Psychological & Counselling Unit need to take necessary actions to help the staffs and students in the campus.