Magahau dan hubungan dengan kepercayaan tradisi etnik Rungus di Sabah
List of Authors
  • Esterlina Moo Chin Len Lazarus , Mohd Kipli Abdul Rahman

Keyword
  • Magahau, Rungus, Kepercayaan Tradisi, Sabah

Abstract
  • Magahau ialah satu amalan perayaan tradisional etnik Rungus di daerah Kudat, Sabah. Magahau merujuk kepada perayaan tradisi yang disambut secara besar-besaran dalam komuniti etnik Rungus pada suatu ketika dahulu, sebagai tanda kesyukuran atas nikmat kesejahteraan hidup mereka. Menurut informan, magahau sebenarnya bukan bersifat ritual tetapi sambutan magahau itu tertakluk kepada kepercayaan tradisi etnik Rungus terhadap alam persekitaran mereka. Ini menyebabkan, penganjuran magahau dilarang sama sekali sekiranya tidak melibatkan sebarang upacara tradisi. Justeru itu, mereka akur dan melaksanakan tradisi tersebut dengan tertib untuk kehidupan yang harmoni. Namun kini, amalan ini tidak lagi diteruskan bersesuaian dengan transisi kehidupan semasa etnik Rungus. Melalui kajian etnografi, artikel ini akan menganalisis unsur-unsur kepercayaan tradisi etnik Rungus melalui persembahan magahau. Dengan berbuat demikian, dapat menjelaskan hubungan yang dialami antara magahau, kepercayaan tradisi dan kehidupan seharian etnik Rungus. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pemimpin etnik Rungus di daerah Kudat bagi memelihara warisan budaya ini. Justeru itu, pendokumentasian mengenai perkembangan, kepercayaan dan adat adalah penting untuk rujukan generasi akan datang.

Reference
  • 1. Appell, G. N., & Appell, L. W. R. (2017). Rungus Dusun. In Encyclopedia of Sex and Gender.

    2. Appell, G.N. (1992). “Errors in Borneo Ethnography”. Borneo Research Bulletin 24:79-152.

    3. ______(1991). Errors in Borneo Ethnography, part I. Borneo Research Bulletin, 23, 85-99.

    4. ______(1966). “Residence and Ties of Kinship in a Cognatic Society: The Rungus Dusun of Sabah, Malaysia.” Southwestern Journal of Anthropology 22(3):280–301

    5. ______(1963). Myths and legends about the Rungus of the Kudat District. The Sabah Society Journal 4: 9–15

    6. Arena Wati. (1978). Pribumi Sabah: Satu tinjauan dalam konteks kepercayaan, kultus dan hukum adat di Sabah. Sabah, Malaysia: Penerbit Yayasan Sabah.

    7. Dundes, A. (1980). Interpreting folklore. Indiana University Press.

    8. G., W. A., & Rutter, O. (1929). The Pagans of North Borneo. The Geographical Journal. https://doi.org/10.2307/1784380

    9. Hussin, H. (2007). Ritual, Identiti Dan Perubahan Di Pantai Barat Sabah: Pengalaman Komuniti Kadazan Penampang. Journal of Southeast Asian Studies (Jati).

    10. Jeubirin Sopital. 2000. Bobolizan: Peranan dan Kepentingannya dalam Masyarakat Rungus Tradisional. Sabah, Malaysia: Universiti Malaysia Sabah.

    11. Joisin Romut, Denis J. Sading & Flora Iban. (ed). (2013). Inventori Budaya Etnik Negeri Sabah: Etnik Momogun Rungus. Lembaga Kebudayaan Sabah. Kota Kinabalu.

    12. Lasimbang, R. and Moo-Tan, S., ed. 1997. An introdution to the tradition costumes of Sabah. Sabah, Malaysia: Nutural History Publications and Department of Sabah Meseum.

    13. Lee, E. H. 1992. Sistem Kepercayaan dan Institusi Kekeluargaan di Kalangan Orang Rungus, Kampung Mompilis, Matunggong, Kudat. Sabah, Malaysia. Kota Kinabalu: Universiti Kebangsaan Malaysia (Cawangan Sabah).

    14. Low, K. O & Azlan Shafie Abdullah. (2014). Bbahul and the Bbiruhui Beliefs of the Rungus People of Sabah. Kemanusiaan. 21 (1): 73-102.

    15. Mohd. Kipli Abdul Rahman. (2012). Sinkritisme dalam Wayang Wong Johor. Pulau Pinang: Penerbit USM.

    16. Porodong, P. (2012). Rungus. Dalam Murut & Pelbagai Etnik Kecil Lain Di Sabah. ed. Kntayya Mariappan & Paul Porodong. Institut Terjemahan & Buku Malaysia: Kuala Lumpur

    17. _____(2004). The impact of colonialism on the indigenous society in Sabah: A case study in Kudat district of Sabah. In Warisan budaya Sabah: Etnisiti dan masyarakat. ed. Mohd Sarim Mustajb. Sabah, Malaysia: Universiti Malaysia Sabah, 77–103.

    18. _____(2001). Bobolizan, Forests and Gender Relations in Sabah, Malaysia. Gender Technology And Development. https://doi.org/10.1177/097185240100500103

    19. Raymond Majumah. (2015). Rungus Peribumi Momogun Sabah. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur

    20. _____(2003). Momogun Rungus Borneo Utara: Warisan sastera dan budaya Sabah. Sabah, Malaysia: SLC Sdn. Bhd.

    21. Shimomoto, Y. (1979). Myths and ritual for rice spirits Bambarazon among the Rungus. Asian Folklore Studies, 73-93.

    22. Suraya, S., Budi Anto, M. T., Nur Farhana, A. R., Siti AIdah, L., & Halina Sendera, M. Y. (2019). Kesepaduan Sosial dalam Hubungan antara Agama di Pedalaman Sabah. Borneo International Journal EISSN 2636-9826.

    23. Rutter, O. (2007). The Pagans of North Borneo. Sabah, Malaysia: Opus Publications

    24. Tengku Lucman Sinar. (1978). Sumatera Timur zaman purbakala. Medan: Wira

    25. Topin, B. (1981). Some Aspects of the Kadazan Dusun Culture. Kadazan Cultural Association 2nd Delegates Conference, 5–6.

    26. Topin, B. (1996). Sharing on Kadazandusun culture. Sabah State Library, Penampang Branch, Penampang.

    27. Tylor, E. B. (2010). Primitive Culture: Researches into The Development of Mythology, Philosophy, Religion, Art, and Custom. In Primitive Culture: Researches into the Development of Mythology, Philosophy, Religion, Art, and Custom. https://doi.org/10.1017/CBO9780511705960

    28. Williams, Thomas R. 1968. “Ethnographic Research in Northern Borneo.” Oceania 39(1):70-80.

    Temubual

    1. Rinjamal Montuduk 69 Tahun, Rungus, Kampung Matunggong, Kudat. 21 Mac 2018.

    2. Joseph Abbis Mongingkel, 63 Tahun, Rungus, Kampung Matunggong, Kudat. 21 Mac 2018.

    3. Thomas Arinjamal Mojingal, 58 Tahun, Rungus, Kampung Sumbilingon, Kota Marudu. 21 Mac 2018

    4. Kinzin Binti Mokunsan, 68 Tahun, Rungus, Kampung Ranggal, Pitas. 31 Mei 2017.

    5. Sinogiling Rohuyan, 78 Tahun, Rungus, Kampung Limau Manis, Pitas. 31 Mei 2017.

    6. Porodong Bin Mogilin, 74 Tahun, Rungus, Kampung Tinangol, Kudat. 18 Ogos 2016