Cabaran dan Penambahbaikan dalam Merealisasikan Skim Agihan Program Peningkatan Ekonomi Asnaf oleh MAIPs: Analisis Keberkesanan di Negeri Perlis
List of Authors
  • Bidayatul Akmal Mustafa Kamil, Khairun Nisa’ Khairuddin, Noorazeela Zainal Abidin, Ummi Naiemah Saraih

Keyword
  • Asnaf, Cabaran MAIPS, Penambahbaikan, Peningkatan Ekonomi, Perlis

Abstract
  • Kajian ini meneliti keberkesanan Skim Agihan Program Peningkatan Ekonomi Asnaf yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam usaha meningkatkan taraf hidup golongan asnaf di negeri Perlis. Program ini bertujuan untuk membantu golongan asnaf, termasuk fakir, miskin, dan muallaf, keluar dari kemiskinan dengan memberi sokongan ekonomi yang mampan. Melalui kaedah temubual berstruktur dengan pegawai MAIPs, kajian ini menilai penerimaan program, pemantauan dan penilaian program, impaknya terhadap peningkatan ekonomi, cabaran yang dihadapi, serta cadangan penambahbaikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa skim ini diterima baik oleh golongan asnaf, dengan beberapa penerima berjaya meningkatkan pendapatan mereka. Walau bagaimanapun, beberapa cabaran utama seperti kekangan sumber, isu pemilihan penerima, dan keperluan untuk pemantauan yang lebih berkesan telah dikenalpasti. Pemantauan dan penilaian program dilakukan oleh Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) melalui pelbagai kursus dan bimbingan, walaupun terdapat kekangan dalam pemantauan langsung. Cadangan penambahbaikan termasuk pengukuhan sokongan teknikal, penyediaan latihan keusahawanan yang lebih terperinci, dan penyelarasan kerjasama dengan pihak berkepentingan. Penemuan ini diharapkan dapat memberi panduan kepada MAIPs dan institusi lain yang melaksanakan program serupa untuk mempertingkatkan sokongan kepada golongan asnaf secara lebih holistik dan berkesan. Kajian ini juga menyumbang kepada perbincangan dalam pembangunan sosioekonomi dan pengentasan kemiskinan melalui pendekatan zakat yang inovatif dan lestari.

Reference
  • No Data Recorded