Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan Pencapaian Murid Sekolah Rendah dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
List of Authors
  • Nurderina Mohamad Aliman

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara kecerdasan pelbagai dan pencapaian pelajar dalam bahasa Melayu di sekolah rendah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Data dikutip menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian statistik untuk sains sosial versi 22 serta dibentangkan dalam bentuk min, sisihan piawai dan peratusan. Data dikumpul melalui borang soal selidik daripada 156 responden yang dipilih secara rawak daripada 5 buah sekolah rendah swasta di daerah Miri, Sarawak. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan antara kecerdasan pelbagai dan pencapaian pelajar. Artikel ini akan menerangkan konsep kecerdasan pelbagai, kaedah kajian, analisis data, serta implikasi hasil kajian terhadap sistem pendidikan.


Reference
  • No Data Recorded