Tahap Daya Tahan Murid Sekolah Rendah Luar Bandar dengan Pencapaian Akademik Pos Pandemik
List of Authors
  • Nur Mohd Shukri, Shahlan Surat

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap daya tahan murid sekolah rendah luar bandar dengan pencapaian akademik di SK Sungai Baging, Kuantan,Pahang selepas pandemik COVID-19.  Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan. Seramai 121 orang murid tahap 2 terlibat sebagai sampel kajian ini. Instrumen kajian ini menggunakan Child and Youth Resilience Measure (CYM-28) dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min dan sisihan piawai manakala analisis infrensi menggunakan Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap daya tahan murid sekolah rendah luar bandar mempunyai tahap daya tahan yang sederhana (M=3.69, SP=0.35) serta pencapaian akademik berada pada tahap yang sederhana (M=3.61, SP =0.76). Selain itu, dapatan kajian mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap daya tahan murid sekolah rendah luar bandar dengan pencapaian akademik. Kajian ini diharapkan dapat membantu para guru yang mengajar murid kawasan luar bandar untuk sentiasa memastikan ketahanan diri murid sentiasa positif walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam kehidupan mereka.

     


Reference
  • No Data Recorded