Kajian ini dijalankan bagi menentukan tahap stres pekerjaan, kepuasan pekerjaan dan komitmen organisasi dalam kalangan Pensyarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Perlis. Seramai 140 pensyarah telah dipilih sebagai sampel kajian. Data diperoleh daripada sampel dengan menggunakan soalan soal selidik yang terdiri daripada 55 item soalan yang terdiri daripada beberapa dimensi atau faktor. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0. Hasil dapatan kajian, menunjukkan kesemua pembolehubah yang dikaji seperti stres pekerjaan, kepuasan pekerjaan dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah PTSS Perlis menunjukkan tahap yang sederhana. Nilai min komitmen organisasi adalah yang tertinggi iaitu 3.6121 diikuti oleh nilai min kepuasan pekerjaan sebanyak 3.5510 dan stres pekerjaan 3.0974. Beberapa cadangan untuk kajian akan datang turut dikemukakan.