Cabaran kerjasama ekonomi Malaysia dan Indonesia dalam pelaburan dan perdagangan Era Tun Mahathir Mohamad (1981-2003)
List of Authors
  • Mohamad Akmal

Keyword
  • Perdagangan, pelaburan, ekonomi, Malaysia, Indonesia

Abstract
  • Kerjasama ekonomi Malaysia dan Indonesia era Tun Mahathir membangun dengan pesat terutama dalam sektor pelaburan dan perdagangan. Kerjasama ekonomi Malaysia dan Indonesia banyak memfokuskan dalam sektor perladangan iaitu kelapa sawit dan getah. Indonesia mempunyai keluasan wilayah yang luas dan guna tenaga yang ramai menyebabkan Malaysia memilih Indonesia sebagai kawasan pelaburan terutama dalam sektor perladangan. Objektif kajian adalah mengkaji cabaran kerjasama ekonomi Malaysia dan Indonesia dalam aktiviti pelaburan dan perdagangan ketika era Tun Mahathir. Kajian akan menganalisis hubungan kerjasama ekonomi Malaysia dan Indonesia era Tun Mahathir dan membincangkan cabaran yang dihadapi dalam kerjasama ekonomi kedua-dua negara. Kaedah metodologi yang digunakan adalah kualitatif dan pendekatan analisis sejarah untuk mengenal pasti sesuatu dasar berpandukan analisis dokumen. Data yang digunakan adalah data yang diperolehi melalui sumber primer dan sumber sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa di era Tun Mahathir kerjasama ekonomi Malaysia dan Indonesia lebih memfokuskan kepada aktiviti ekonomi huluan dan hiliran dalam sektor perladangan. Selain itu, cabaran utama yang dihadapi dalam hubungan ekonomi Malaysia dan Indonesia adalah ketika era Krisis Ekonomi Asia 1997 yang memberi kesan kepada pelaburan dan perdagangan Malaysia di Indonesia. Kajian menyimpulkan bahawa persekitaran ekonomi dunia mempengaruhi hubungan ekonomi Malaysia dan Indonesia diera Tun Mahathir terutama ketika Krisis Ekonomi Asia 1997.

Reference
  • 1. Apec’s Background. (1998, November 19). Far Eastern Economic Review. p. 44. Banyak Firma Malaysia Henti Operasi. (1998, Mei 25). Berita Harian.
    2. Beeson, M. (2000). Mahathir and The Markets: Globalisation and The Persuit of Economic Autonomy in Malaysia. Pacific Affairs. University of British Columbia, 73(3), 335-351.
    3. Dapat Bantu Johor Jadi Pusat Pelaburan Penting di Asia Pasifik. (1990, Jun 17). Berita Harian, p. 4.
    4. Guthrie unit wins deals. (1991, Jun 12). The Business Times. p. 1.
    5. Guthrie Keen to Buy more Plantations. ( 2001, Jun 23) The Business Times, p.13.
    6. Golden Hope in RM$600 M Indonesia Oil Palm Joint Venture. (1996, Mac 1). The Business Times, p. 16.
    7. Habibah, Hamzah, & Ari Kurnia. (2009). Jaringan Strategik Negeri-Provinsi Sebagai Alternatif Untuk Memperkasakan Jaringan Ekonomi Wilayah Malaysia-Indonesia. Prosiding PERKEM 4(1), 89-103.
    8. Hossain, A.A. (2012). Macroeconomic and Monetary Policy Issues in Indonesia. Amerika Syarikat: Routledge.
    9. James Chin. (1998). Malaysia in 1997: Mahathir’s Annus Horribilis, Asian Survey. A Survey of Asia. University of California Press, 38(2), 183-189.
    10. Jambatan Rentang Selat Melaka Mahathir dan Suharto rancang hubungkan Malaysia dan Sumatera. (1997, Jun 16). Berita Harian
    11. Jayasankaran, S. (1998, November 12) ’Prime Mover,’. Far Eastern Economic Review, p. 16.
    12. Jomo, K.S. (1998). Financial of Liberalization, Crisis and Malaysia Policy Responses, World Development Report 26(8/1565).
    13. Jomo, K.S. (2001). Pathways Through Financial Crisis Malaysian, Global Governance, 12(4), Lynne Rienner. 489-505.
    14. Kalimantan Barat Mahu Pancing Pelabur Luar. (1994, Julai 29). Berita Harian, p.7.
    15. Kerjasama Terus Erat. Berita Harian, (1994, Disember 31). Berita Harian, p. 11.
    16. KLK To Developing Land in Indonesia. (1994, Ogos 17). The Straits Times, p. 39.
    17. KL Companies Lost Out in Indonesia. (2001, Januari 30). The Straits Times, p.7.
    18. Kuala Lumpur Mungkin Ambil Pekerja Indonesia. (1991, Ogos 12). Berita Harian, p. 2.
    19. Kuala Lumpur Kepong to Build 2 mills in Indonesia. (2001, September 6). The Business Times, p. 9.
    20. Kumpulan Guthrie unit Signs Mou. (1994, November 19). The Straits Times, p. 44.
    21. Konsep Segitiga Berkesan. (1991, September 28). Berita Harian, p. 8.
    22. Lilik Salamah (2001). Lingkaran Krisis Ekonomi Indonesia. Masyarakat Kebudayaan dan Politik (14), 65-76.
    23. Malaysia Mahu Mengambil 17,000 Pekerja Asing (1994, Julai 8). Berita Harian. p. 3.
    24. Malaysia’s Lose Land in Indonesia. (2001, Januari 30). Today, p. 10.
    25. Masalah yang Menanti Bencana Jerebu. (1997, September 30). Berita Harian, p. 4.
    26. Mcbeth, J. (1999, Januari 14). ‘Regional Briefing’. Far Eastern Economic Review, p. 10.
    27. Mohd Nazari (2002). Foreign Capital and Sovereignty: A Comparative Study of Malaysia and South Korean Experience during the Asian Financial Crisis: Asia Business & Management 1(3), 329-340.
    28. Mohd Hizam & Zafir Mohamad. (2008). Kesan Kegawatan Ekonomi ke atas Perniagaan Kecil: Penemuan dalm Perniagaan Francise. Jurnal Ekonomi Malaysia (42), 45-63.
    29. Mohamad Radzi, Abd Ghapa, Zubaidah & Azharudin. (2013). Rekonsiliasi Hubungan Malaysia-Indonesia Dalam Konteks Regionalism Asia Tenggara. Malaysia Journal of History, Politics & Strategy UKM, 40(1) (July 2013), 177-197.
    30. MOU Segitiga Pertumbuhan dimeterai esok. (1994, Disember 16). Berita Harian. p. 1.
    31. Murphy, D. (1999, Mei 13). ‘Things Fall Apart’. FAR Eastern Economic Review, p. 10.
    32. Murphy, D. (1999, Mei 13). ‘The Money Pit’, .FAR Eastern Economic Review, p. 12.
    33. Nik Anuar. (2003). Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan: Statusnya Dari Segi Sejarah. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    34. Nik Rozana, Chubashini, Mohd Khairul, Nor Amna & Mohd Fairuz. (2015). Kajian Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas dan ASEAN (AFTA) dan Kesannya Kepada Pengeluaran, Perdagangan dan Pelaburan Sektor Pertanian di Malaysia. Laporan Kajian Sosioekonomi 2015. Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial, MARDI.
    35. Oil Palm Investment. (1995, Jun 29). The Straits Times, p. 37.
    36. Pelaburan Kerantauan. (1991, Februari 11). Berita Harian. p. 4.
    37. Perjanjian Asas Status Sipadan dan Ligitan. (2002, Jun 4). Utusan Melayu, p.1.
    38. Rohani & Zulhilmi. (2012). Malaysia-Indonesia: Pengalaman Hubungan Dua Negara Serumpun. Political Managements and Policies in Malaysia. pp. 223-235.
    39. Ruhanas Harun. (2005). Kerjasama dan Konflik dalam Hubungan Malaysia-Indonesia, University Malaya Press.
    40. Saran Jelaskan Batasan Indonesia dan Malaysia di Selat. (1997, Ogos 15). Berita Harian. p. 12.
    41. Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, Thailand ditandatangani. (1994, Jun 16). Berita Harian.
    42. Segitiga Terbaru. (1994, Mac 27). Berita Harian. p. 3.
    43. Seminar Teroka Peluang Niaga di Sumatera. (1996, April 19).Berita Harian. p. 16.
    44. Tambunan, T. (2000). The Performance of Small Entrprise During Economic Crisis, Evidence from Indonesia: Journal of Small Business Management 38(4), 93-101.
    45. Tabung Haji Labur Ladang Kelapa Sawit di Riau (1995. September 6). Berita Harian.
    46. Vatikiotis, M. (1998, November 5). The Reform Tango. Far Eastern Economic Review, p. 11.
    47. Zulkefly, Noraini & Fathin. (2014). Adakah Saluran Pinjaman Bank Dasar Monetari Relevan? Kajian Data Panel dari Indonesia. Jurnal Pengurusan (40), 151-161.