Realiti Dan Fantasi Catfish: Kajian Kes Ke Atas Ibu Tunggal Di Kota Kinabalu, Sabah
List of Authors
  • Aisah Hossin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Dekad ini, perkembangan medium komunikasi yang semakin rancak telah menguasai kehidupan manusia dan secara tidak sedar dianggap sebagai alat yang dianggap penting dan menjadi keperluan semasa tanpa mengira peringkat umur. Keperluan medium komunikasi ini memberi satu paradigma baharu kepada manusia sejagat dalam meyebarluaskan keperluan mereka baik dari aspek pergaulan, perniagaan dan juga jaringan sosial. Namun, apa yang menjadi kebimbangan adalah apabila medium komunikasi ini disalah gunakan sehingga ianya mengundang kepada kerugian dan bertukar kepada jenayah. Justeru, kajian ini cuba mengupas berkenaan dengan jenayah cinta maya dalam mengungkap realiti dan fantasi catfish semasa menjerat mangsanya khususnya golongan ibu tunggal. Penelitian ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan secara temu bual mendalam bersama lebih kurang 15 orang ibu tunggal yang dipilih menggunakan persampelan bola salji disamping permerhatian di lapangan. Hasil penelitian menunjukkan bahawa kesedaran terhadap bahana jenayah cinta maya adalah tinggi namun fantasi catfish menyukarkan mereka untuk keluar daripada kepompong tersebut sehingga akhirnya turut menjadi mangsa.


Reference
  • No Data Recorded